Sunday, December 4, 2011

Happy Birthday Special Post.

Menulis itu satu kepuasan. Puas meluah apa kau rasa. Puas meluah apa yang tak terkata. Tak kira sedih atau gembira. Menulis cara terbaik untuk kau perlihatkannya. Tak. Itu aku.
Hari ni. 2 Disember 2016. Dah cukup 28 tahun rupanya. Dah jadi isteri. Dah jadi mak. Keluarga kecil tapi bermakna. Masa berlalu pantas. Segala macam perkara yang berlaku tak mampu nak ditahan-tahan. Apa yang aku mampu cuma harungi semua tu dengan kesabaran dan keazaman semoga semua menjadi yang baik-baik saja.
Dan ternyata Allah Maha Mendengar rintihan hamba-Nya. Satu persatu perkara baik mula muncul walau pada asalnya sepeti tiada yang pasti. Untuk itu, Alhamdulillah. Selagi kita mencari jalan untuk keluar dari kepompong kesusahan atau masalah, Dia sentiasa ada untuk kita. Mohonlah. Mintalah sebagai hamba. Yang penting jangan bongkak.
Terkadang apa yang kita inginkan bukanlah yang tebaik buat kita. Dia Maha Mengetahui. Dan apa yang pasti setiap ketentuan-Nya itulah yang terbaik buat kita. Jangan pertikai apa yang berlaku. Bersyukurlah. Percayalah. Langkah manusia tak selalunya tepat. Terkadang tersilap. Terkadang tersadung. Belajar jangan pernah berhenti. Usaha selagi mampu. Jangan menoleh melihat kekhilafan. Bimbang tak kuat terjatuh lagi. Jangan mendongak kejayaan. Bimbang bongkak dengan nikmat-Nya. Bersederhanalah. Insha Allah, semua merasa rezeki walau berlainan cara.
Terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan yang Engkau hadirkan. Walau belum cukup sempurna aku tak pernah menyerah kalah. Terima kasih dengan hadirnya insan baru dalam hidup yang memberi seribu erti kegembiraan. Walau dengan seribu kepayahan, itulah kemanisan. Tak semua beruntung untuk merasa nikmat yang Kau berikan ini.
Menangis tanpa airmata itu biasa. Tak semua faham apa yang kita lalui. Tak semua nampak apa yang kita cuba lakukan. Apatah lagi yang kita SIMPAN. Tabahlah. Bersabarlah. Hidup itu dugaan. Kekal kuat. Demi orang-orang yang kita sayang.
Salam 28 tahun. Aku. Berusaha dalam diam. J



the sweetness of us :)

pn saliha

cik amy amira

cik shahrul huda

cik hafizah


hahahaha..tu lah kalau duduk jauh-jauh.nak bergambar pun payah! sayang korang muuahh!! see you next month! InsyaAllah...

Sunday, November 27, 2011

hijrah

alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan hari ini untuk terus bernafas. cuma bezanya aku mengakhiri tahun lepas dengan airmata bertitik-titik, takpe. makanya azam kita untuk tahun baru ni untuk jadi lebih kuat dari semalam.hehehh...

semalam sebelum tidur dapat muhasabah diri sekejap. tiba-tiba rasa diri jadi kuat. kalau dulu erti kuat itu keras. tahun ni insyaAllah tidak.kerana kerasnya dulu pada hati. tak berbaloi. mari kita kuatkan rohani.hmmm...

bismillahirahmannirrahim,.kita buka lembaran baru.semoga dirahmati olehNya..aminn...

target: biasiswa PTPTN!usaha selagi mampu. :))

Saturday, November 26, 2011

wake me up

my mum always be my motivator.
my strength is on my boyfie
when i lost one of it
i just like unbalance sheet..

theoretically not.. practically almost.
i have to wake up
for myself


go go go fyza!!
get your focus!!

Bismillahirrahmannirrahim.......
i'll be back soon with the new spirit
InsyaAllah...
:))

Friday, September 16, 2011

sekitar perayaan..

this is dua minggu berhari raya sebulan tak bercerita. i wish i still have readers. and sorry for a long break due to lack of time and internet as well. nothing much to say because of my short term memory problem.huhu.. within 1 month i may have a lot of things to share but now i really cannot think of any.hahaa.. just to share some which stay and flying in my mind.

end of last ramadhan was so memorable for me. my siblings and i were together repainted our home. spent much times together was really relaxing me even it absorbed my whole energy. doesn't matter as long as im happy.

this Eid is different from last year. i really had a great time. with family and even friends. but, i dont have any pictures with my family cause they were so busy. and so i.

this Eid is also maybe the last celebration with my bffs. Le'o will get marry soon. so..hhmmm...next year it will be only three of us. me,combi and amy. and as for my Segamation friends, i hopes we can celebrate together for the next next and next year.huhu...love till the end..and love will never ends.

so, enjoy some of pictures taken during the Eid. but, just a few cause i really got no time!


the most gorgeous pic sebab macam bercahaya gitu.aha
on the way nak beraya rumah bekas cikgu kami
amy's house
amy's room

jelitawan.

 kawan-kawan uitm Segamat punya turn pulak::
on the way to Batu Pahat
rumah masrija
belakang: dijah & erny
tengah: akulah tu
depan: fana & masrija

kepochi kuasa 12



rumah erny
artis tambahan: cik ju di tengah + baby & koko di belakang.



rumah kilabee
spacial thanks to cik ju, mak masrija, makcik eta and mak kila yang masak sedap-sedap. jumpa tahun depan. and double special thanks to dijah sebab sediakan air masak..hahahahaha!!!

almost 1week i have been in Shah Alam.i already miss my home, family and friends. but i really hopes that i can have a great time this semester.because life is not about anything to regret! just enjoy it!
xoxo!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

sementara menaip, mata kujeling-jelingkan. tu...nampak tak tu....mangkuk tu berisi mihun goreng sedap air tangan ibu tersayang. hari pertama puasa memang menguji kesabaran. nasib baik dua minggu lepas aku ganti puasa seminggu. dapatlah train diri ini dari lapar dan dahaga.Alhamdulillah tak meneguk air sebelum masa. hehehe

ok lah,
selamat berpuasa dan berbuka semua..

Friday, July 22, 2011

durian oh durian..

bukan durian runtuh. tapi diruntuhi durian.haaa...sememangnya orang-orang kat rumah aku sangatlah hantu. hantu durian. makanya terhasillah ini::


agak-agak puas tak?
**syok gila wa cakap lu...**

p/s: my recent entries so wordless lah! why eh?

Wednesday, July 20, 2011

the simple speechless

i felt bad recently. and became unstable. physically and mentally. i just don't know what was and is going on.. but i know that i need to be strong... and everytime i write to made an entry, then i click on backspace button. huhhhh....speechless...

Wednesday, July 13, 2011

betul-betul terbakar..

my last entry was about fulltime housewife which i ada selitkan sedikit pasal hampir-hampir berlaku kebakaran when i was ter'lepa' sekejap. masa tu sangat bersyukur sebab sempat bertindak. walaupun bunyi macam kelakar dan sedikit bodoh tapi bila difikir balik, kejadian tetap kejadian. itu satu ketetapan. and i was so scared. sebab baru pagi tadi i dapat twitter sms from my cik combie about restoran my mum yang disewakan pada orang terbakar keseluruhannya. hanya tinggal tiang after bomba padamkan api.

how was it happened, i don't know. belum dapat cerita terperinci memandangkan my mum is not staying with us right now. so, i kena tunggu lah laporan seterusnya. thanks to combie yang bagitahu.

and i tahu Allah s.w.t is testing us. the whole family. bukan sikit-sikit dan bukan juga kecil-kecil dugaan. and i juga tahu DIA sedang memberi kami kekuatan untuk lalui semuanya. InsyaAllah...

to be positive, i menanti hikmah di sebalik segala kejadian.




credit pictures to facebook.com/Asam Garam

Tuesday, July 5, 2011

suri rumah sepenuh masa

cuti 3 bulan aku manfaatkan dengan bekerja di rumah. samalah seperti suri rumah sepenuh masa. semua kerja kena buat. jangan ingat bila tak kerja tak penat. kerja rumah lagi takkan pernah habis. bayangkanlah. lagi dengan jaga 2 orang budak comel yang boleh tahan keras kepalanya. huhu..

confident:
 cerita pasal jadi suri rumah, aku suka nak cakap. bila aku kata "tak pandai" it doesn't mean totally tak tahu apa-apa. sebenarnya tak pernah cuba. atau lebih tepat tak diberi kesempatan untuk mencuba. jadi bila nak buat, confident tu tak ada. macam sebelum ni, aku selalu cakap "masak? tak pandailah" . owh sebenarnya bukan itu maksud aku. maksudnya tak pernah buat pun kat rumah except masak nasi goreng ngan telur and any simple things. for myself.
kenapa?  *my theory* mungkin sebab mak aku hebat memasak. dan dia tak suka orang makan makanan tak sedap. macam kalau pergi kedai makan tak sedap dia komplen. so....when she was in the house....aku mestilah tak masak.makanya aku tak mencuba. tapi masti kena ingat, tiap kali dia masak aku tinjau-tinjaukan. curi-curikan resepi. makanya aku ada the basic and secara teorinya taklah zero..kalau dia perasan aku meninjau pun dia akan bagi ilmu sikit-sikit..tQ mak...
jadi di kala mak tak lagi kat rumah sebab jaga ayah, perut mereka masih perlu diisi. dan dengan itu datang confident untuk mencuba. NOT BAD lah....sedap juga..hihi..taklah semua jenis masakan,tapi sekurang-kurangnya aku tak perlu malukan diri sendiri bila kena bagitahu orang "saya tak pandai masaklah" .=p

peka:
aku tak rasa suri rumah hanya perlu tahu masak. tapi lebih kepada peka. yang lebih memenatkan. lebih-lebih lagi bila ada si kecil. tak boleh lepa. bahaya.
dan di sebabkan aku selalu marah orang lain, harini aku pulak yang terkena.
pagi-pagi konon nak buat sarapan untuk abang. api dah dihidupkan. tiba-tiba si kecil sibuk nak ikut abang aku lagi sorang pergi jenguk mak ayah. apa lagi. terkejar-kejarlahj. mula-mula nak ambil saja tak bagi ikut. tapi tukar fikiran pergi salinkan pampers siapkan barang dan masukkan kat dalam kereta. sempat pula berbual dengan jiran pasal penagih yang tengah sibuk kehulu-hilir dengan parang. stop. then pergi dapur : Ya Allah!!!!!!!!api dah nyala kat kuali.
*nasib baik tergerak hati nak pakai kuali kecil
*nasib baik abang aku ada kat rumah lagi.
*nasib baik umurku panjang lagi

ok itu saja untuk hari ini. babai


Monday, June 27, 2011

memori zaman sekolah

sengaja disimpan buat kenangan. nak dibuang sayang.. tapi rupanya ada gunanya aku simpan buat pekasam.. baru tadi aku cuba baca satu persatu. sampai aku faham perjalanan hidup sendiri. suka duka lama. bagaimana diri ini dimata mereka. dan aku juga tahu kawan dan lawan satu ketika dulu. pisau mata belakang pun ada. macam-macamlah ragamnya. huhu..

namun manusia berubah. dimana dulu kawan kini dalam ingatan. bohong aku tak ingat. tipu aku langsung tak hargai. dia yang sentiasa ada dalam segala hal aku. dan tahu segalanya. termasuk soal hati dan perasaan. cuma masa merubah. keadaan juga tak sama. angan-angan dulu tinggal kenangan. kejam kalau aku lupakan.. tapi perjalanan tetap perjalanan.. kalah jika aku berundur.. maju perlukan korban..itu yang aku tahu.

ketawa sorang-sorang bila ada surat macamlah aku ni terlalu jahat. terlalu sosial.celah mana? entah.. terima kasih kawan-kawan. walau aku jahat, kau orang tetap menjadi kawan.huhu..

tapi aku hairan. surat-surat terlalu banyak tapi hanya perkara yang sama dibicarakan. tentang seseorang yang pernah ada. yang sentiasa ada. tapi entah.. aku gagal. itu yang aku tahu. bait-bait memberi semangat dan mendorong. tapi aku yang cuai. dan akhirnya terbengkalai.haha...cerita lama tetap satu cerita. duka lama tetap duka.

kehidupan hari ini lebih baik. sebab aku perasan ada perubahan. perubahan positif dalam diri orang-orang yang aku sayang. yang aku ambil berat. cuma percaya tak boleh terlalu percaya. takut pisang masih nak berbuah. siapa tahu kan? jadi, rahsia tetap rahsia. walau kadang-kala rahsia itu perosak!

nah!tiba-tiba aku terjumpa. saki-baki sesuatu yang aku simpan. ada cerita di sebalik benda ni.wallahualam..
 sekian dulu!babai...=)

Tuesday, June 21, 2011

KL Gengster punya hal

people keep talking about it. tapi aku tak tengok-tangok. ini bikin hati panas. mana boleh kaki wayang kalah dengan orang.. KL Gengster. cerita macam dah lapuk dek masa. tapi masih hangat di pasaran. jadi aku calling-calling orang nak ajak tengok. tapi semua respon "dah tengoklah" ah benci!. sampai aku ajak Saleh teman! tapi fikir-fikir macam bersalah dengan boyfriend sendiri. last minute aku diamkan. sorry Saleh. terpaksa.

jadi, takde jalan lain. aku ngurat boyfriend yang tengah sibuk nak exam kat shah alam sana. ngurat punya ngurat, deal..dia sanggup balik.eheh. tq bebeh. love you more. tq also walau pun tau aku nak tengok sebab ada Aaron hero melaya!

tapi satu aku bangga. bangga dengan perkembangan otak pembikin filem. yang tau nak majukan perfileman Malaysia. setanding dengan filem luar negara. yang sebelum ini aku rasa hampeh, lagi-lagi aku memang tak minat syamsul yusof, but now, aku respect lah.hehe..syok sebab tak bosan. full of action..tak rugi tengok walaupun terlambat sikit,..tahniah sebab kutipan sekarang dah mencapai 11juta..=)

p/s::i like Aaron!haha

Friday, June 17, 2011

__pilihan yang baik untuk perempuan__

saya dah biasa bila orang kata kulit macam jantan.sebab saya banyak bulu roma.ahahaa..kejadian Tuhan tak boleh nak pertikaikan.kalau hati saya sakit bukan boleh cantikkan kulit bak model pun. baik ignore okay.tak payah stress! kau nak cakap,kau cakap. tapi walau pun begitu, ramai orang tak tahu kulit saya sebenarnya sensitif bak baby . so, lets call it boy-baby skin!oyeh!(mengarut).

sensitif macam mana? bayangkan saya sentiasa accident dengan kertas atau apa saja yang saya bekerja dengannya. luka sana sini hanya kerana sekeping kertas.dahsaaatttt.
kulit kepala juga macam tu.kena guna syampoo satu jenis saja. head & shoulder. kalau tak, pening kepala sampai tak boleh bangun.dahsattt jugak..^_^

so, tak terkecuali kulit sensitif yang lain. saya perlu ambil langkah berjaga-jaga dan menjaganya. lebih-lebih lagi bila bulan mengambang..eheh apa tu? malu nak cakap. ^_^ untuk penyerapan yang sempurna, saya menggunakan:
ramai yang menggunakan kotex untuk penyerapan yang sempurna terutama waktu tidur. kualiti nya saya tak nafikan.tapi permukaannya agak kasar dan saya mudah mendapat alahan. jadi,. saya sentiasa bertukar jenama tuala wanita sampailah ini diperkenalkan.

selain penyerapannya yang juga sempurna seperti kotex, saya tak perlu risaukan alahan lagi.permukaannya lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit!

tak percaya, CUBALAH!

Friday, June 10, 2011

mencuba tapi tak sampai

lama sudah menyepi.. tak kerja pun sibuk! sibuk dengan budak-budak nakal.ehem!
bila tak keluar rumah ni, there's nothing to share lah. tak macam orang lain..ke utara selatan timur barat tenggara pelusuk dunia! sebut aje! =)weehee...takpe, belum rezeki saya untuk itu saya sabar.plan dengan bff pun mungkin saya tak dapat nak join.huhu..apelah nasib ye...

migrain kembali menyerang bila terperap kat rumah.kereta ada tapi masalah bila nak bawa budak-budak ni berjalan.. risau juga tak terlayan nanti.alahai..pening terbawa-bawa sampai nak update blog pun idea tersekat-sekat ni.cuba dikerah-kerah. tapi tak sampai apa yang nak disampaikan.lain kali jelah.babai!

p/s: ayah dah keluar hospital tapi masih begitu keadaannya.semoga beransur pulih!
mood: pilu.

Tuesday, June 7, 2011

kekucarkaciran

i wish i can have a better life. just like the others. which i can decide. which i can have my own money. which i can feels free. which i can do whatwever i wants.which i can go anywhere. and which i can stop think for a minute. but it is 'if and only if'. i felt it was unfair for me. but, it was my life anyway.

so, what was my current life is about?
-
-
i'm done with my practical. but i haven't time to keep update my blog as usual. so sorry.hehe. and while the rest have time doing part-time job, i'm just sitting home alone and baby sit a cute boy and a cute girl everyday. my pleasure..=)

and everyday i went to the hospital visit my father. every night i can say. huh! there's no joy. no happiness. no laugh. absolutely no no no.

i already sicked!

i think its better if i'm not going to know anything happen surrounding me.. so i can feels like 'im okay' and 'i'm good!' or maybe i can feels 'its perfect'!

Tuesday, May 31, 2011

cermin mata dah baru.=p


 only for RM99.(promotion price)
hehe..ok lah kan.dapat juga yang baru.
yang lama dah calar-balar.-_-

p/s:lens saya minggu depan baru siap!lamanya..alahai..

Sunday, May 29, 2011

misunderstanding.

"bapak dal meninggal"

it was the message's content.actually.
tak sampai 15minit, semua handphone berbunyi. baik aku punya, kakak-kakak aku and also abang aku.
tu ok lagi.

abang aku tengah drive bawa teksi hantar orang, ada orang call.
"ko kat mane?umah dekat mane?aku nak datang ni"
dengan perasaan pelik abang aku jawabkan jugak. "kat angsana lah,hantar orang ni.."
si pemanggil pun marah "bapak ko meninggal, ko sempat hantar orang???"
lah sudah.....

see??kan ke lagi laju dari internet tu namanya..huhuu...

sebenarnya it just a misunderstanding.. yang meninggal bapaknye Si Dal. bapak saya masih panjang umurnya.Alhamdulillah...

ceritanya pasal abang aku ada kawan namanya Dal. bapak nya meninggal haritu. dia pun inform kawan-kawan lain via message. alkisah mungkin huruf 'L' disangka 'H', 'dal' disangka 'dah'.
heboh satu kampung berita gempar. sampai aku kat ofis pun cik combi call nak mengesahkan.sampai ada yang dah siap nak melawat datang ke rumah.. tapi tu lah..tak boleh nak menyalahkan sesiapa...ayah aku pun memang tengah sakit.. jadi,tak ada persoalan yang timbul kalau orang dapat berita tu..and it just misunderstanding..tak disengajakan..=)

mari sama-sama doakan ayah cepat sembuh ya...and semoga panjang umurnya..Amin..

Thursday, May 26, 2011

nora elena*

aku bukan kaki drama.kaki tv.kaki wayang tu mungkin lah.tapi bila ada duit timbun-timbun..but this time aku nak share satu drama yang tengah hot kat tv. bukan Sahara (dah habis semalam) bukan Asmara 2. tapi :
best lah rupanya melayan drama tv ni..baru aku tahu..hahaha..the sinopsys boleh google sendiri sebab aku pun tengok lompong-lompong sebab selalu busy.(tengah maghrib lah)
 and teraju utama cerita ni :

Siti Saleha + Aaron Aziz
it was a novel adaptation. but i am not sure which novel it is.Siti as Nora Elena and Aaron as Seth Tan(macam setan pulak dah.). mereka kahwin sebab terpaksa tapi Seth serius cintakan Elena. And episod semalam tengok masa Maria (Miera Liyana) nak balik Australia, Seth pegang bahu Nora, konon-konon nak tunjuk kat Maria yang diorang memang loving couple. Fuuhhhh..aku yang mengelamun...indahnya dunia....memang takde istilah paksa-paksa lah..hihi..gagah seh..awesome!!

before this taklah minat Aaron sangat.sebab Singaporean selalu guna bahasa baku. tapi Aaaron buat aku kagum sekaligus buat aku nak mimpi dia.hahahahaa.

the way he spoke..the way he stared.tak tipulah. aku senyum sorang-sorang semalam.eheh!
khayalan dunia...dunia oh dunia..

nah,tengok ni lah ciptaan indah :

p/s: tak sabar nak balik nak tengok today's episode! babai!=)


Tuesday, May 24, 2011

the poyo of love. *i think*

mengideakan sesuatu untuk ditulis itu payah. lebih-lebih lagi tentang apa yang orang benci untuk ambil peduli. atau lebih senang kalau aku kata orang mudah terasa hati. tapi kadang-kadang bukan niat. cuma sekadar pendapat. aku yang tak punya hati selembut sutera lagi senang rimas dengan perkara-perkara mengarut di sekeliling.huh!

perkara senang. remeh.
tapi mungkin itu kekuatan cinta orang. cinta setia.merajuk dan memujuk itu perkara biasa.
alah, yang itu aku terimalah. tapi tolong jangan mengada-adakan yang tak ada. motif? tarik perhatian? beri perhatian? entah. bosan.huhu.

jujur? is it the motive? i don't think so...=)
perlu ke?

sebenarnye aku perkatakan pasal apa?
----pasal gedik nak bagitahu boyfriend, 'eh, ada orang ngurat i lah tadi.' 'dia jeling nak kenal ngan i' 'dia bagi i bunga and say i love u' ahah!
apesal tak bagi lagi gempak? cakaplah ada orang masuk minang!

ok-ok...kalau seriously that thing happen, masih lah boleh otak aku nak terima. even though aku pun tak cerita benda-benda tu walau ada sekalipun.kecuali lah encik boyfie baca this entry. but i don't think so. =)

entah pasal apa sebab apa aku tiba-tiba emo pasal ni. tapi serius memang macam sedikit annoy bila tengok orang macam tu. nak bagi boyfriend panas hati dan rasa tercabar bila ada saingan? eceh, WTH LOL!
or you just nak boyfriend rasa how lucky he is bila you pilih dia even ada orang lain yang mencelah? lagi menyampah. or nak suruh boyfriend pujuk rayu jangan kau tinggalkan daku...alahai...soooo sweeett....yeke?

benda tak ada jangan canang-canang lah.
do not flatter yourself!

p/s: is about no one.

sorry if i hurt you;*_*

Sunday, May 22, 2011

salleh malu kucing.

becakap beborak bukan main gah.jumpa sekali pun tak pernah. tup-tup semalam hati tergerak nak hantar message. "oi-oi kau kat mana ha?" ceh! sekali dekat hospital yang sama. masing-masing ayah's matter. so, we met up lah kejap sementara tunggu ayahnya dapatkan rawatan.

sekali sampai, muka tak boleh blah. nampak sangat control perasaan gemuruh. macam aku artis popular.hahaha..sengal oh salleh sengal. walau kau tak cakap, muka kau yang tak mandi dah cerita.ngeee...


p/s : salleh is kawan of my kawan. tapi aku buat perangai gonjeng aje. kesian dia malu-malu.hahah!

Wednesday, May 18, 2011

ubah mana yang patut.

kehidupan dan kejadian adalah dua perkara yang berbeza. kehidupan yang mana kau perlu usaha untuk di ubah.sedangkan kejadian adalah satu perkara yang kau harus terima.

atau kau mampu ubah kejadian?silakan.
sedangkan kau bukan Tuhan.
=)

Monday, May 16, 2011

langit tak selalunya cerah!

pagi-pagi aku tengok matahari bersinar bercahaya naik.lari-lari anak ke dalam rumah sebelum orang datang menjemput. sepantas kilat aku ambil baju-baju untuk disidai. termasuk yang semalam dah nak kering pun aku balun sidai jugak..nak kering sampai garing. baru syok nak lipat. *kejadahnye entah*.

ok siap. boleh pergi kerja dengan senang hati. tup tup pukul 1 kakak ku telefon dari ofis, "ko jemur baju ke? hujanlah!!!"


ok..rumah tak ada orang.pergi angkat diri sendiri ye baju-baju. -_-

p/s: baik-baik dah nak kering,balik ni kenalah basuh semula.hahaha..tu lah..kan dah cakap jangan tamak... (ada kena mengena tak?)

Sunday, May 15, 2011

jangan busuk hati.

orang selalu cakap, melayu suka menjatuhkan melayu.busuk hati. tak boleh tengok orang senang.tak boleh tengok orang lebih.bila ada kekurangan pada orang lain, mulalah nak di canang. kalau bantu kan lagi baik..sama-sama maju, pahala pun dapat...tapi pemikiran sekarang tak boleh pakai.masing-masing tunjuk bagus.ada takda mesti nak lebih dari orang lain.tak dapat lebih tu yang cari kurangnya orang lain.asalkan dia sentiasa berada kat atas.lebih dari semua aspek.betul?

kalau tak betul, kenapa kita sebagai melayu tak cuba ubah pemikiran macam tu?tak cuba buka mata dunia yang melayu sentiasa bersatu?eceh..

padahal nak cakap, after three weeks kejadian menimpa, aku guna handphone lama. dah basuh.dah tayammum segala harap suci dari segala kotoran. yang pandang rendah dan hina, sila sucikan hati anda. mungkin awak-awak ada handphone canggih yang ada macam-macam software. yang sekali rosak atau hilang tak perlu berair mata sebab boleh dapat yang baru. yang lagi canggih.yang lagi mahal. tapi awak-awak tak berhak untuk merasa jijik dengan handphone saya..unless...awak bagi duit untuk saya beli handphone baru. -_-

sebab aku memang tak mampu. tapi, aku takde hal. as long as handphone tu hidup dan still boleh guna, makna nya ok lah tu.sekian, terima kasih.:))


p/s: tengah menaip tiba-tiba manager audit datang kat sebelah cakap " moral of the story hati jangan busuk". terkesima aku. rupanya dia cakap pasal ex-tax manager yang busuk hati nak jatuhkan company ni. sampai hati kan? tu lah melayu yang betul-betul jatuhkan melayu.ciss!! memalukan. tak sedar kubur kata mari! selamat bertaubat ye makcik! -_-

Wednesday, May 11, 2011

all about how you think!

it shouldn't be too perfect.
otherwise, people become arrogant and forget to thanks God.
it is a LIFE

life should be easy. unless you make it complicated. jangan perbodohkan diri sendiri. Tuhan beri kelebihan akal untuk berfikir dengan bijak. tapi sayang, bila terlalu bijak,manusia malas untuk berfikir. dan atas sebab itu, kesederhanaan adalah kesempurnaan.

aku berfikir panjang untuk menghasilkan entry yang aku sendiri tak tahu kenapa. mungkin aku hanya mengikut ketetapan yang tersedia. tak berdegil untuk membuat sesuatu yang di luar rancangan-Nya. bukan seperti sesetengah khalifah bumi yang tamak.usaha itu bagus.tapi untuk sesuatu yang kau tahu ia tak berbaloi, kaulah manusia paling bodoh menggunakan otak.

maaf.

people may say that I'm having a good life.in other word, 'happy'.. but have you ever think how it could be?definitely it was begun with something bad. seriously.

last time, i was the one who cares almost about everything. love, family, friends and every single thing. at the end, I've got nothing. is it beneficial? not at all. I'm giving full of my heart to what i love and now i lost the trust to others!

but still...thanks.

and the difficulties are like my wake up call. to refresh all the thing in my life. and to survive! aimed only on a good thing for myself.

yang perit itu juga yang membuat aku kuat.dan sentiasa berpegang pada pencarian bahagia itu atas diri sendiri. jangan malas berfikir.


pilihan

pilihan pasti satu perkara yang terbaik.jika tidak kenapa kita pilih?atau mungkin kita silap? tak,orang bijak takkan silap. tapi misal kata silap itu tetap silap, kita masih ada akal untuk tetap jadikan pilihan itu yang terbaik. positive thinking.setiap pilihan mesti ada opportunity cost. dan aku ulang lagi sekali.jangan tamak.
*kau ada segalanya,bersyukur*

bukan aku tak pernah untuk berfikir hal itu. tapi buang masa. siapa kita untuk menyakiti hati sendiri? siapa kita untuk kejami hidup yang ada warna-warni?have you ever heard this quote " life is short".
jadi fikirlah...


p/s:sepanjang hidup aku belajar untuk berlaku adil.

Monday, May 9, 2011

senang je nak buat ton warna..

orang kata kalau kita ni left-handed kita ni kreatif! betul ke?
-
-
tapi aku SANGAT tak pandai mewarna. lebih-lebih lagi bila nak guna 'water-colour'. (confession yang memalukan untuk orang perempuan)
pernah satu masa, tingkatan berapa aku dah tak ingat, yang aku ingat after 2hours kelas pendidikan seni, hasil yang aku dapat : sekeping kertas warna yang berlubang dan berambu-rambu akibat penggunaan water-colour. nak salahkan kertas tu yang nipis, aku tengok orang lain punya cantik je..-_-

jadi,untuk entry kali ini aku nak bagitau semua yang aku memang left-handed yang kreatif sebab dah berjaya menghasilkan ton warna yang sangat cantik..nak tau apa yang aku buat?
senang je;
1) dah cerita dekat sini.
2) semalam pergi lagi sekali dengan baju lengan pendek pulak...

taraaaa.....
-
-
-
-
-
-
-warna lengan saya sangat cantik sampai tak tergamak nak upload gambar! *______*

Friday, May 6, 2011

queen of my heart~

dia simpan segala kesakitan
dia simpan segala kepahitan
dan jika setitik airmatanya gugur
aku tahu dia dah tak tertanggung.
pengorbanannya tak terbalas
walau selautan emas!

she's everything to me!
i love her more than myself!
and i can't live without her..

~H.A.P.P.Y-M.O.T.H.E.R'S-D.A.Y~

p/s:segalanya untukmu!

Tuesday, May 3, 2011

its her day! :))

walaupun kami tak ditempatkan sebilik masa belajar dekat Segamat,dia tetap teman sekatil.dia teman sebantal.dia teman sepinggan.dia teman belajar saya. teman berjanji untuk sama-sama berjaya.teman susah senang.teman sedih dan gembira.dan walaupun dia ibarat pembaris yang lurus (dulu),dia tetap bestfriend saya!walaupun saya selalu dajalkan dia,saya tetap sayang dia! :))
nadiana adami~

bersama kawan-kawan UITM Segamat~

semoga kekal lah ye..aku doakan yang baik-baik aje..:))

dan sekarang masing-masing punya haluan sendiri.tapi our friendship will never ends...
InsyaAllah...


 S.E.L.A.M.A.T- B.E.R.T.U.N.A.N.G

 nadiana & kamarul


p/s: dah tak boleh nak jadi rakan seperjuangan yang dulu kata nak sama-sama belajar tinggi-tinggi dekat tingkat 14 menara SAAS UITM Shah Alam! :((

Friday, April 29, 2011

masa untuk siapa?

hari ini
saat ini 
kala ini

masaku bukan untuk bersuka ria
masaku bukan untuk belajar
masaku bukan untuk cinta
masaku hanya untuk keluarga

maafkan ku cinta!

Wednesday, April 27, 2011

semua atas kehendakNya.

bila saya rasa saya gadis yang kuat
bila saya rasa saya gadis yang tabah
bila saya rasa saya gadis yang sabar
Allah SWT bagi saya ujian
Dia bagi saya dugaan
Dia bagi saya kesedihan

dan bila saya rasa saya gembira
dan bila saya mula rasa saya cukup bahagia
Dia turunkan derita..
supaya apa??


supaya saya tahu
yang saya masih perlukan-Nya
dan supaya
saya tak melupakan-Nya



p/s:kehidupan kita berbeza..aku takkan merungut..InsyaAllah.. :))

Monday, April 25, 2011

hitam itu menawan..tapi kalau dah belang2...

it was a great weekend. i balanced my time to be spent with family,office-mate also my love! like my FB status "orang yang berjaya adalah orang yang bijak mencuri masa orang yang gagal adalah orang yang mengeluh tanpa usaha" so i curi masa-masa yang i ada untuk memuaskan hati orang-orang yang i sayang.. never say never..hahahaa...

ok..that's not my point today..maybe in next entry lah sebab today i nak share pasal how i spent my time with my family yesterday!..

my parent tak ikut.biasalah mak kena jaga ayah dekat rumah.(takpe mak,nanti ayah dah sihat i bawak jalan-jalan)

STARHILL::

itulah destinasi yang dituju..itupun disebabkan abang iparku yang dah berjanji kat anaknye si zharfan...
kan dah kena tuntut...tapi aku tak mandi pun kat sana... sebab dot dot dot..haha...so, jadi penjaga beg dan ambil gambar...kemudian duduk berehat di bawah terik matahari...sejam...dua jam...selesai kakakku membersih diri dan bersalinan pakaian,she asked me : "zah,cuba kau selak tudung kau!"
aku menurut perintah.tengok cermin!
ok...berbelang-belang macam masa main netball dekat sekolah!! :((

dahla pakai lengan three-quarter.lagilah!

itulah..kalau hitam terus takpe...
ni kalau dah belang-belang macam apa dah....
sobsob... :(

p/s: balik terus dating dengan boyfie tepek bedak 3inchs!hahaa..dah boleh... :)

Friday, April 22, 2011

makan la sikit..

seronok kan ada mak?
seronok kan duduk dengan mak?
semuanya mak..
tapi korang jaga tak hati mak?
aku yakin semua orang jaga..
InsyaAllah...Alhamdulillah...

tapi...kadang-kadang kita tak perasan...kalau-kalau tekecilkan hati mak...
kita takkan tahu sebab mak takkan cakap "mak kecil hati dengan kamu"
betul tak?
walau sekecil-kecil perkara asal ia berkaitan dengan mak,jadikanlah satu perkara yang besar...
sebab kalau mak terkecil hati dengan kita, jauh nya kita nak cium bau syurga..

kalau nak ingatkan satu-satu memang payah.tapi ada satu perkara yang aku nak kongsi..
mungkin nampak remeh,mungkin nampak mudah..
tapi bila lalai,sedarlah...

aku tak pandai menulis bila aku tahu apa untuk ditulis.
jadi bunyinya mungkin agak janggal..
tapi janji message sampai..

perasan tak.kalau yang dah bekerja tu balik petang @ malam badan dah letih sampai dah tak lalu nak makan..ada pun balik terus tidur..letih betul..fuuhh!!


si emak pung pang pung pang masak siang tadi nak tunggu si anak balik makan..kesian kat si anak..bila lauk sikit hati mula risau ada yang tak cukup..pergi lagi kedai beli apa yang patut..
tapi bila si anak tak lalu nak makan,balik mandi terus tidur...mak tengok lauk pauk tak bersentuh,sayu hatinya...sedihnya masakan tak dijamah...kita tak perasan...sebab mak tak pandai nak tunjuk...:)

ada pula jenisnya yang lepas kerja terus pergi makan dengan kawan-kawan..dengan girlfriend@boyfriend..eh eh tak salah...betul tak salah..tapi yang salah bila masakan mak tak dijamah..

jadi,walau penat macamana pun kita, walau kenyang macamana pun kita, kalau balik rumah emak dah masak,jamah lah walau sedikit...)
tengok muka mak bila lauknya bersentuh..bahagianya....
kadang-kadang siap tanya,"sedap tak?"
SEDAP MAK...:))
mak rasa kat dalam hati tu sejukkkkknya......


p/s: aku sendiri kalau penat pun ataupun baru lepas makan kat luar balik mesti tengok kat dapur mak masak ke tidak..kalau masak mesti makan jugak...at least makan sekali pun jadi lah..mujurlah memang dasar kuat makan..hehe..

Thursday, April 21, 2011

handphone rosak!

BLUURRPPP!!!!!!

MAKK!!!!!alah alah handphone pizah mak!!!(muka sedih)
masuk lubang dot dot dot..:((

begini ceritanya....
selamba aku nak pergi kerja pagi tadi.grabbed my lappy and handbag...dengan handphone duduk dalam poket bersedia menuju ke kereta..

tup tup perut sakit tetiba..
masuk semula dengan harapan lega..
tapi lain yang jadi..
handphone terjatuh tak dapat diselamatkan..
good bye bye bye...

marah sedih geram dah berlalu pagi tadi
nangis memang nangis..tapi nangis bunyi aje..
mane ntah air mata taknak keluar
fikir-fikir macam kelakar.
hahahaa...

p/s:fikiran bercelaru sampai bekal breakfast pun tinggal.mujur abang sempat hantar :))

Wednesday, April 20, 2011

tak marah dah...:)

semalam rasa nak marah..ingatkan harini nak lepas kat blog.
sekali hari ni hati kata dah-dah.hahaha...
baguslah..dah berjaya mengawal emosi dengan baik.
marah sekejap je...

Tuesday, April 19, 2011

materialistic duit sendiri.


it is not human being...
but women being......
they are shopaholics...
they are materialistic!
even me..theheee

but it doesn't mean be a materialistic person is bad. sometimes it is good!
but it should be on the right way.

i want this...i want that...
itu biasa.
tapi jangan nak itu ini dengan duit orang lain..
pakailah duit sendiri...
usaha!

motivate yourself..
put some efforts for what you want..
please don't be lazy!!
please don't take it easy..
barulah boleh bangga diri...
tapi kalau dah tau memang tengah takde duit,
diam-diam jelah.
macam aku..hehe..
fikir-fikir banyak pun bukan boleh dapat.
dapat pening adalah!
hahaha...



""tapi sekarang aku nak kamera.boleh tak???:)""





Sunday, April 17, 2011

sandwich special ke spespoil?

it happened last year..tiba-tiba teringat pulak.huhu..

masa tu aku & my housemates bersiap-siap untuk berkelah keesokan hari...aku mengambil tugas masak nasi lemak dan buat sandwich...(boyfriend ikut sekali kenalah masak.baru special..)..lagipun selalu masak sardin memang kerja aku kecuali kalau amy(bff) ada dia yang masak sebab banyak pulak alahannya..macam orang mengandung makan sardin pun loya.hahahaa...jangan marah ye..

ok...selesai semua benda orang lain pun tidur sebab nak bangun awal.aku biasalah excited tak kena masa memang payah mau tidur.tibalah masa untuk masak sardin...masak punya masak, encik boyfie message..dengan handphone di tangan,aku masih lagi masak dengan yakin...biasalah orang bercinta...asal message je senyum sampai kat telinga....rasa punya rasa sardin tu tawar je....bukan main lagi ye...

dah siap...
-
-
keesokan hari......
pagi-pagi lagi incik boyfie dah sampai.terkulat semua tak siap lagi..tulah...siapa suruh janji pepagi...mamat tu memang punctual punya orang..
-
-
dah separuh perjalanan,cik raihan minta sandwich...
-
-
-
-satu gigit
-
-
dia pun berbunyi "ok...1st impression... M.A.S.IN!!!!!!"

sumpah macam garam tumpah!hahaha



------ nasib baik masa balik boyfriend saya bisik "takpe..awak masak saya bedal aje...tapi nasi lemak awak masak sedaplah..."
hehee....

p/s:sila ambil iktibar..nak masak tu masak je...jangan berangan...huuuhhuuu..

Wednesday, April 13, 2011

stress.

H.O.M.E

it should be the right@ best place to go after the whole tiring day.but i just can't get the feeling..

i'm totally stress!!!!


p/s: sorry for the simple but meaningless update! just for now..will be ok soon!

Saturday, April 9, 2011

jaga malam-

jam aku rosak ke body setting yang tak betul.selalu pukul 10p.m mata dah macam nak rabak.ni macam mintak jadi jaga je..huhuu...

ni semua gara-gara tekak miang mengidam neslo...tu lah..dulu migrain.tak boleh minum kafein...lame juga aku berpantang..Alhamdulillah sekarang macam dah ok sikit..bila minum pun  takde dah sakit kepala kronik...tapi ni lah kesannya bila tak biasa..terpaksa berjaga...(baru perasan)

oklah..badan penat.nak memanjakan diri kejap.lama sangat dah tak beri perhatian pada diri sendiri..hahahaa

p/s: manja-manja jugak,tapi satu badan dah kepanasan dek yoko-yoko nih..-___-

Thursday, April 7, 2011

kalau itu yang ayah mahu..

it seem like impossible to happen..and i never think about it even once...
but,as he seriously hopes,i will try my best.InsyaAllah...

setiap rezeki itu datangnya dari Allah swt...
kita hanya mampu merancang dan berusaha...;)


apa yang penting?

p/s: ayah sudah pulang ke rumah..;)

hi handsome...

harini pindah ofis baru.staf dan practical student masing-masing menggunakan tenaga tulang empat kerat yang ada.penat! tapi seronok.mungkin sebab aku suka benda-benda yang macam tu kot...at least lapanglah sikit otak yang berserabut ni..berserabut sebab..entah..hihi...sendiri cari penyakit sendirilah tanggung kan?taknak lah share.buat pening korang je nanti.it's sooooo complicated!hmmm
ok sambung..orang perempuan sepatutnya kan tak boleh angkat berat-berat...tu semua kerja orang lelaki....orang perempuan ni sensitif..kalau buat kerja berat-berat sangat boleh jatuh peranakan.siapa nak jawab??semua senyap!hehe...tapi bila keadaan memerlukan,terpaksalah juga.bayangkanlah nak angkat perabot-perabot dengan dokumen-dokumen dari tingkat dua naik ke lori..fuuhh!!serius lah.macam tercabut segala tulang-tulang ni..silap-silap skru-skru boleh berterabur!

tapi bila turun bawah tengok abang driver lori tu handsome,
"owh!saya boleh angkat lagi..".;p

p/s:cuci-cuci mata...

Tuesday, April 5, 2011

B.O.B bertunang???

kurenung keluar tingkap seperjalanan ke ofis.kosong fikiranku.kanan..kiri...kanan...depan..jap-jap..aku terpandang sesuatu pada akhbar bacaan Amy.tapi..kurang jelas...amati dengan teliti...tak puas..
dalam hati cepatlah sampai ofis.search sendiri..

nah,kan betul..Zahiril Adzim(ZA) @ Bob bakal bertunang dengan Shera Ayob!
tahniah Bob.aku sokong dari jauh.kau orang pentas.mana boleh dekat.hihi..
dia bukan kenal aku pun lah. :)

jimat taknak beli paper.google sudah..:)

nak follow blog dia klik je kat sini ok...

Monday, April 4, 2011

lelaki perempuan dan cinta

nak cerita pasal cinta pasal hati tapi macam geli.tapi kadang-kadang kena jugak.
semalam terbaca mingguan wanita.dia tulis "cemburulah agar cinta lebih ghairah" ngeeee.....
patutlah tak ada orang nk jatuh hati dengan aku...hati batu..how nak cemburu? :)
-
-
-
malas lah.no pointlah hari ni.
cumanya nak kongsi sikit pasal bezanya lelaki dengan perempuan. jom!
-
-
yelah,segala yang berkenaan lain jantina harus berbeza.barulah boleh ada chemistry..sama macam the basic.lelaki kan lawan nya perempuan..
so,just replace dengan segala sifat manusia!fikir sendirilah...
*sebenarnya cuma nak tekankan lelaki dengan perempan tu memang berbeza..

love~
susah kalau nak explain.tapi aku cubalah..
to me, kalau lelaki, kenalah cari perempuan yang dia betul-betul sayang..jangan sebab kesiankan perempuan yang sayang dia,dia terima saja.sebab lelaki ada kuasa veto yang boleh menjahanamkan perempuan bila hati dah tak suka..tapi kalau dia cari perempuan yang betul-betul dia sayang,dia cinta, senang..sebab perempuan hatinya lembut.cinta boleh terbit dengan sendiri bila sang lelaki pandai mengambil hati..

bagi perempuan pula,janganlah terlalu memilih..janganlah terlalu mengikut kata hati.sebab tak semestinya orang yang kita sayang akan sayang kan kita.dan jika itu berlaku,sedarlah.takde gunanya..buatlah macamana sekalipun,kalau dia tak suka tetap tak suka..kalau dipaksa diri sendiri yang merana..jadi,sayanglah orang yang sayang kan kita seadanya...sebab hidup kita mesti lebih terjamin.bukalah hati untuk yang ikhlas menerima...ada faham?huhu

aku?aku kan perempuan..tak faham ke? :p

p/s: sedang mencuba dengan yakin!*_*


P.E.N.A.K.U.T**


don't know why this song.just like...entah..don't know what to say..dengar jelah. ;)

Sunday, April 3, 2011

kerana diriku..begitu berharga~

A.HA.D
kringkring!!!!!!!!kringkring!!!!!

woi....sape la kacau aku nak tido pepagi ni...nak kacau pun telefon lah henpon.jauhlah nak angkat telefon kat dapur!(rungut)
hello.eh,mak akulah(dalam ati)

kan dh dosa pepagi hari.padan muka kau!
tengok jam..pagimu!pukul 10 la sengal!hambik kau bangun lambat..
ok macam biase mak telefon untuk ingatkan apa-apa kerja yang kat rumah takut anak dia ni lupa.hihii...tak lah mak..lupa tu tak...lambat nak ingat je..:)
dah..kembali ke katilku sayang..
-
-
hah?subuh prayer?alamak!!!
hahaha..MC la!..:p

ok,selamat tak berapa nak pagi semua..
selamat berhari baru..
selamat pengantin baru...
selamat BERUMUR baru..
selamat segala selamat semua
InsyaAllah....

harini rasa lebih baik.Alhamdulillah...
semalam harinya pun baik...cuma penat sampai tak lapar.huhu..

rupanya masalah mematangkan kita.
rupanya masalah menenangkan kita.
dan bila sentiasa diperlukan..aku terasa..
diri ini sangat berharga!
hahaaa..

jadi..kalau ada masalah,senyum sajalah! :)

Saturday, April 2, 2011

Dia uji kerana sayang..

mata panas terasa macam membengkak!masih..
aku baru balik dari hospital..

gagah-gagahkan tapi tak boleh tahan.sebak sampai sesak nafas tengok ayah terbaring dengan getah oksigen.

tak terkeluar walau sepatah.tapi air mata yang mencurah-curah.memang mulut kata "aku marah juga" tapi hati anak mana tak tersentuh tengok derita orang tua sendiri..

pengalaman dua kali berumah di hospital buat aku rasa apa yang dia rasa.
kesakitan,kebisingan,kesesakan..semua yang merimaskan.
tapi ayah aku tahu dugaannya lebih dahsyat.keadaan begitu ditambah dengan tak berupaya bergerak sendiri..mudah-mudahan hatinya kuat..

mungkin akibat lama tak menangis, kali ni sampai sakit-sakit kepala..

esok ponteng kerja.-terpaksa.
ikut kan hati tak mahu mencacat cela rekod.tapi keluarga lebih memerlukan.sesuatu harus dikorbankan..

aku ambil sebagai iktibar.
aku ambil sebagai dugaan dari-Nya..
Allah swt menguji kerana sayangkan hambaNya
kan kan???

mudah-mudahan apa yang berlaku ada hikmahnya...
-itu aku pasti..


p/s:aku tau sabar ubat paling mujarab waktu-waktu macam ni...:)

Friday, April 1, 2011

April opening! -_-

welcome April...and i hopes April will be nice to me..
InsyaAllah...

kadang-kadang rasa macam masa berlalu cepat sangat...tau-tau je dah bulan lain ye...bagus-bagus...tak lama lagi boleh habis praktikal...yeay!

eh..eh..bukan tak suka praktikal lah..suka..sebab orang-orang kat sini semua baik-baik...kerja pun ok je..cuma sekarang ni perasaan nya nak kembali menghadap buku-buku tercinta....nak asah otak balik yang dah lama sangat tak membaca bahan ilmiah..;)

lagi satu sebab dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan...selalunya bila jumpa mesti bercakap tak berpenghujung..buat aktiviti sama-sama...sangat rindu suasana itu lah! (-.-")


wa betul-betul rindu sama:
-kawan-kawan zaman sekolah
-kawan-kawan zaman diploma masa kat Segamat
-kawan-kawan yang InsyaAllah jumpa lagi dekat Shah Alam nanti..


p/s:semalam raihan aznam ada program kat sini tapi tak sempat jumpalah.pergi celebrate birthday my kakak!



Thursday, March 31, 2011

bos senang hati,kami murah rezeki.:)

hai semua..lama dah rasanya tak update blog ni.hihi..mintak-mintak tak bersawang.
disebabkan kesibukan dan pelbagai masalah mendatang.jadi rasa macam tak best pulak nak berblog dengan hati tak tenteram.hehe..

i wanna say thanks to my boss, En Dollah for treat us lunch last two days...heheh..macam dah lambat jek...tak....as long as i say thanks...:)

sebenarnya bos belanja sebab dia happy...anak dia dapat 10A SPM haritu...tahniah Zana....
harini mood tak berapa  nak ceria sebab semalam ayah masuk hospital...so update blog pun mood nya mendatar je..hahaa..takpe2, just layan gambar-gambar kat sini eh...
satu meja dengan orang kuat company ah.alamak..malu.hahaa


the staffs -_-

from Larkin branch


practical-mates

me-amy-fatenah

lagi sekali.-_-

on the way balik ofis.peace....;)
terima kasih lagi sekali kat bos sebab sebenarnya dia memang selalu bagi makan kat kitorang..
semoga murah rezeki bos...

balik ofis masih sempat berposing dengan kamera baru cik fatenah!weeeehaa!!








credit pics to fatenah ahmad!

p/s:jangan lupa doakan ayah saya cepat sembuh taw!terima kasih semua....