mata panas terasa macam membengkak!masih..
aku baru balik dari hospital..
gagah-gagahkan tapi tak boleh tahan.sebak sampai sesak nafas tengok ayah terbaring dengan getah oksigen.
tak terkeluar walau sepatah.tapi air mata yang mencurah-curah.memang mulut kata "aku marah juga" tapi hati anak mana tak tersentuh tengok derita orang tua sendiri..
pengalaman dua kali berumah di hospital buat aku rasa apa yang dia rasa.
kesakitan,kebisingan,kesesakan..semua yang merimaskan.
tapi ayah aku tahu dugaannya lebih dahsyat.keadaan begitu ditambah dengan tak berupaya bergerak sendiri..mudah-mudahan hatinya kuat..
mungkin akibat lama tak menangis, kali ni sampai sakit-sakit kepala..
esok ponteng kerja.-terpaksa.
ikut kan hati tak mahu mencacat cela rekod.tapi keluarga lebih memerlukan.sesuatu harus dikorbankan..
aku ambil sebagai iktibar.
aku ambil sebagai dugaan dari-Nya..
Allah swt menguji kerana sayangkan hambaNya
kan kan???
mudah-mudahan apa yang berlaku ada hikmahnya...
-itu aku pasti..
p/s:aku tau sabar ubat paling mujarab waktu-waktu macam ni...:)
btol za..yg pnting sabar k.. tu la ubat yang paling mujarab.. insyaAllah dugaan ni cepat berakhir k.. same2 doakan ok..
ReplyDeletethanks bi,.
ReplyDelete