Monday, December 27, 2010

kembali normal T_T

bukan sebelum-sebelum ni aku tak normal eh! tapi untuk bagitau yang PERASAAN aku yang dah kembali normal..;)
dalam hati MASIH ada taman rupanya...hakhakhak!!

Thursday, December 23, 2010

rumitnya cinta


cinta is rumit!kalau tanya kat sapa-sapa pun mesti diorang agree..heheh!kenapa aku kata cinta tu rumit? sebab kita kena faham kesemuanya..maksud aku,kalau kita perempuan,kita still kena faham laki-laki ni macam mana....and kalau laki-laki pulak,still kena faham orang perempuan ni macam mana....lebih rumit kalau pasangan kita tu susah untuk meluahkan perasaan atau kemahuan atau ketidakpuashatiannya..asyik nak tunggu orang faham sendiri..mulalah bagi sign mengarut-ngarut bagai..angin tak tentu pasal..hempas barang sana-sini...tapi bila orang tak faham,sakit hati pun datanglah!nak salahkan sapa ek??;)

lelaki or perempuan
mana lagi rumit? lelaki ke perempuan??owh,walaupun aku perempuan @ oleh sebab aku perempan,aku akan kata - perempuan lebih merumitkan!sebab diorang@kami ni terlalu sensitif if nak di bandingkan dengan kaum lelaki...lelaki tak suka ambil tahu or fikirkan benda yang remeh-temeh...tapi kalau perempuan,even sekecil mana pun perkara tu,boleh jadi besar jugak!haish....sepatutnya lelaki kenalah faham....kadang-kadang perempuan ni bercakap melalui hati@ body language!jarang nak menggunakan bahasa yang lagi senang..tak mencabar!hahahaa...jadi,kenalilah kaum hawa sebaik-baiknya....;)
bagi yang perempuan pulak,kena ingat satu benda...lelaki memang tak banyak kerenah..langsung!tapi jangan sesekali anda "BOHONG" mereka!!!sayang dan jujurnya anda pada pasangan dah cukup untuk buat diorang ni senyum dan tidur dengan lena...siap temimpi-mimpi lagi.hahaaa..




Wednesday, December 22, 2010

GBS's photos!

oklah..disebabkan aku dah ada kat rumah,and takda buat apa2,bolehlah aku kidnap gambar-gambar kat facebook....nah,tengoklah...yang dari amy pun ada..marah agaknye..hikhikkk ;p


amy-aku-combie-le'o


posing gediks!






menyempat-nyempat!tengok tu amy,pakai tudung pun senyum-senyum!heh!


3dara poyo.;p



jom kita beryoga!




itu saja.dah,babai!~

no title!haaha

actually tak tau nak tulis apa hari ni..even dah beberapa hari tak update,i still don't have the idea...why? aku pun tak tau..hahahaa....oklah,sebenarnya beberapa hari ni aku busy sikit....dari hari khamis minggu lepas lagi...asal balik kerja je,kakak aku ajak keluar..haish..penat doh!tapi aku gagahkan jugak..(name kaki jalan memang gitu...)then balik-balik rumah tu,tidur lah jawabnya...mana tak,balik-balik dah pukul berapa...pagi-pagi pulak dah nak pergi kerja...gila kau tak tido...hahaha....tu lah aktiviti aku sampai hari sabtu....
hari ahad pulak lagi best...keluar dengan GBS(geng bas sekolah>>le'o-combi-amy)mulanya aku malas jugak nak ikut,sebab penat asyik keluar je kan..ingatkan nak rehatlah sebab isnin nak kerja pulak...tapi bila fikir-fikir macam rugi pulak kalau tak ikut..ye lah,dapat jumpa diorang bukan selalu,..(except my practical-mate lah,amy)so,aku decide pergi jugak.....
then kitorang tengok wayang cerita "hantu kak limah balik rumah". cerita dia memang mengarut habis!sumpah!tapi nasib baik kelakar!mula-mula aku macam layankan jelah..tapi bila semua orang gelak macam nak pecah panggung,feel tiba-tiba datang..masa tu baru aku focus!tu yang jadi kelakar tu....ramai-ramai kan...best gila!...balik-balik tengok wayang tu macam tak puas lagi...kitorang pun pergilah karoke...sejam je..sebab masa tu dah malam....kang balik lambat-lambat semua dapat ceramah free!!hahahaa...balik tu dah tak banyak cakap sangat lah sebab masing-masing dah penat + memikirkan esoknya nak kerja...hahahaa..apalah kawan-kawan aku ni...tak pelah korang,lain kali kita keluar lagi..tapi tunggu duit masyuk sikit,boleh shopping!hhoorayy!!
oklah,stop dulu..tak dapat nak upload gambar sebab kat ofis tak boleh nak bukak facebook..so tak boleh nak curi gambar kat page combi....yang lain pulak pada amy..entah bila zaman baru boleh tengok!haha..jangan marah ye miss amy..;p

p/s:
1)panjang cerita sebelum nak tengok wayang tu..tapi aku malas nak tulis..haha
2) padah asyik keluar pakai lens pagi sampai malam,minggu ni terpaksa pergi kerja berkacamata!;(

Saturday, December 18, 2010

mengeluh!

orang kata mengeluh tu tak elok...tapi sometimes we still need to mengeluh sebab at least terlepas sikit perasaan yang terbeban...tak semestinya mengeluh sebab patah semangat or what so ever yang tak elok lah....tu memang obviously tak patut....

but on my situation,kadang-kadang aku tetap mengeluh sebab masalah-masalah yang datang...tak baik kn??hahaa..tapi nak buat macam mana....aku pun ada kelemahan juga...dan mungkin terlalu banyak sampai jadi lemah semangat untuk terus berjuang ke akhir garisan..(sampai mati) rasa down memang tak payah cakap...sepatutnya bila tengok kawan-kawan happy and success, aku kenalah ada semangat untuk macam tu jugak...ni tak...mengeluh lagi sebab tak dapat apa yang kita nak...padahal hari-hari dah muhasabah diri untuk lebih positif.bila nak berubah? biarlah....eh,mana boleh!!!kau kena bangun lah fiza!!capai apa yang kau nak..apa yang kau harapkan!pleaselah...memang kadang-kadang kita merancang sesuatu yang perfect untuk diri sendiri..tapi bila the real come,you got nothing!!tapi sabarlah..semua tu dugaan..cabaran hidup...bak kata orang dulu-dulu..."berakit-rakit ke hulu..berenang-renang ke tepian....bersusah-susah dahulu...bersenang-senang kemudian..." insyaAllah....
yelah....aku cuba..T_T

mengeluh lagi...sebab keinginan sendiri adalah untuk hidup berdikari...tapi right now,keadaan tak mengizinkan dan terpaksa bergantung harap pada orang lain..i hate!

one more time...mengeluh..sebab orang tak paham.tapi untuk memahamkan orang tak pandai pulak..terpaksa simpan lagi..adeh..

enough for today..now,i can smile....
senyum ikhlas la jgk...hahaa....tengah kat ofis pn sempat lagi aku ni...ngeh ngeh!




Monday, December 13, 2010

cemburu!

lama tak dengar cerita kawan-kawan lama..rindu!!*_*
sesekali borak,terkeluar macam-macam cerita...nak kahwin lah..nk tunanglah...haish....jeles seh!!siyes aku jeles!
aku bila pulak?adoi...soalan tu aku paling lemah....belajar,lagi setahun baru habis.....lepas tu cik abang belum habis lagi..mungkin dalam 2tahun macam tu baru dia habis.haaa..kiralah berapa lama lagi?ntah-ntah time tu kawan-kawan yang datang semua dah bawa anak 3-4 orang...damn!! aku keciciran lagi!


to my friend yang nak bertunang,aku doakan kekal sampai kahwin ok! insyaAllah if tak ada aral melintang,aku datang majlis tu nanti...;)

Sunday, December 12, 2010

nawaitu hijrah~

rasa terpanggil untuk mengiakan apa yang telah di baca dari blog rakan "diary sofia"...ya...itulah yang aku rasa..terdetik jauh di sudut hati,aku ingin kan perubahan yang sama..pernghijrahan yang serupa...tapi mungkin dengan mukadimah dan jalan yang berbeza..benar apa yang dikatakan sofia,setiap org mahukan perubahan.dan semestinya perubahan itu dari yang tak baik kepada sesuatu yang lebih baik....cuma..masa dan kekuatan yang diperlukan untuk melalui fasa itu..dan setiap individu akan mengalami fasa yang berbeza juga...siapa kata aku mahu begini selama-lamanya...dunia semakin hampir ke penghujungnya...tapi itu tak bererti kita perlu berubah sebelum penghujung kewujudan dunia..sebab mungkin esok atau lusa kita di panggil menghadap Ilahi sebelum penghujung...dan semestinya kita sendiri tidak pasti bila waktu itu akan tiba...benar..kami mempunyai beberapa persamaan yang tak sengaja.melalui perkara yang sama dan sebagainya.mungkin tidak jelas di situ tapi naluri ku kuat menyatakan persamaan itu...ya..aku juga mempunyai nawaitu untuk berubah!itu yang paling jelas..nawaitu yang telah lama ditanam sedalam-dalamnya.yang bakal ku lunaskan bila tiba masanya...bukan memberi 1000 alasan,tapi itu lah hakikatnya...aku masih memerlukan masa...masa..dan masa...tidak bererti aku jahat,tetapi cukup meletakkan diri ini sebagai masih belum sempurna...seperti sofia juga,tudung sudah banyak,tapi masih belum tersarung.dan aku pula masih lg on-off...kenapa? sebab aku rasa tudung itu terlalu suci sedangkan aku si pemakai masih kotor dengan dosa..dosa yang sengaja mahupun tidak..dosa yang datang dari hati,dan segala pancaindera....bukan bererti keji tetapi cukup untuk meletakkan diri ini di kalangan yang masih berusaha untuk menyucikan diri...
tapi tekadku dalam hati, InsyaAllah dengan izin-Nya,aku bakal menyempurnakan nawaitu ini tanpa menoleh ke hari lalu satu hari nanti...

menyingkap kisah hidup seorang lagi rakan seperjuangan yang aku sayang,yang seperti ku satu ketika dulu...
sangat aku kagum memandangkan dia mendapat kekuatan itu terlebih dulu..meninggalkan dan membiarkan satiap kata-kata jahat yang mendatang seiring dengan fasa penghijrahannya...meninggalkan kegembiraan kebebasan yang dimiliki setelah sekian lama...aku pasti itu satu pengorbanan baginya...tanpa menoleh dia terus melangkah.menambah kekuatan yang datang entah dari mana aku juga tidak pasti.tapi satu yang aku pasti,penghijrahannya memberi nikmat yang tak ternilai...ya..kebahagiaan dan ketenangan kini milik mutlaknya...tanpa kata,segaris senyuman di bibirnya aku tahu itu hakikatnya..cahaya yang terpancar di matanya juga memberikan makna yang sama..tidak dapat di sangkal lagi..
selamat berbahagia sahabatku...semoga aku mengikut jejak langkahmu...;)
InsyaAllah....;)


p/s: pakaian lambang peribadi~
perubahan datang dari hati~

Friday, December 10, 2010

sekalung tahniah~

masa exam period,hari-hari aku kira berapa pointer yang diperlukan untuk menaikkan cgpa yang telah sedikit tergelincir dari semester lepas...bersama teman tidurku killa aku meluahkan kerisauan yang panjang..owh....bagaimanakah???detik demi detik,masa ditunggu telah pun tiba..bersaksikan teman sejawat praktikalismaku,jari jemariku baik kaki atau pun tangan, sudah mula kebiru-biruan keungu-unguan...
ku buka student portal yang sehari sebelumnya telah kubuka tapi direject sebab tak melunaskan hutang mengcompletekan SUFO evaluation yang diminta pihak uitm...bagus!
dan haini aku telah dilayakkan untuk menyemak keputusan dengan rasminya...tapi entah kenapa,masalah mana yang timbul menyukarkan proses itu...sabar jela.....dan amy bersuara menyuruh aku semak di email...perlahan-lahan dengan ketenangan 50-50 kubuka satu persatu...PAP!!! terpampang di situ... Ya Allah!!!!!!terbeliak lagi biji mataku..hahahaa.....Alhamdulillah...syukur...rezeki ku lagi semester ini.....sesungguhnya Allah Maha pemurah memberi rezeki pada setiap hamba-Nya...;)
di dalam hati aku menjerit " mak!!!!!saye dl lagi!!"
tahniah untuk diriku.....;)


p/s: unexpected sebab tepat-tepat dapat my minimum target..kena usaha lebih semester depan..;)

Wednesday, December 8, 2010

chemistry break~

ye..saya di tempat kerja..mengular sambil mengon9 sebab dah tak tau nak buat apa...bak kate mereka2 di sini.."belum ada kerja lagi..tunggu bulan 1 nanti baru bz.." heh!apa-apa jelah.so,jangan marah bila saya sempat mengepost satu entry kosong tanpa niat.aha!
sebenarnya dari semalam semalamnya aku gundah gulana...serba tak kena....macam entry aku before ni pun masih berkenaan ketidakpuashatian yang tiada hujung dan pangkalnya...itulah,kadang-kadang apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat kan...tapi apa yang aku harapkan?aku pun tak tau..;)cuma kadang-kadang hati perempuanku terdetik,kenapa dia tak faham...hahaa...ye...memang susah untuk memahami insan yang bernama fyza ini...kadang-kadang mata wajah hati dan lidah tidak seiring..em?apa maksudnya tuh?haaa...maksudnya,unexpected lah.jangan ingat korang dah kenal aku lama,tengok muka aku je dah tau apa yang aku fikirkan..sebenarnya tak...kadang-kadanglah......tapi bila keadaan itu berlaku,aku hanya mengiakan....;)menyedapkan hati setiap mata yang di depan..aku rasa macam ok je...sebab aku rasa aku ok je lah.terima apa pun yang datang dan mendatang...sempoiii...tapi hakikatnya bila terlalu memikirkan,hati aku..tuhan saja yang tahu...apa nak buat,sendiri cari penyakit...*_*
faham tak? tak kan...hahaa...sama lah yang macam aku cakap tadi...aku memang susah kalau nak di faham...ok,lebih mendalam lagi,aku sebenarmya dilanda chemistry break dalam percintaan!hahaha!!!apa gelak-gelak?betul lah!saja aku nak cerita sebab zaman diari aku dah habis,terpaksa post dekat blog lah..baca jelah kalau tak suka pun ok?;)
apa itu chemistry break??ok, macam ni....kalau dulu 'dia' cakap A, A jugaklah yang aku cakap..and A jugak lah yang aku rasa....but now,kalau dia cakap A, aku cakap A jugak...but maybe deep in me said B pulak..ahahaha..macam tulah gamaknya....oleh kerana aku ni spesis OK, aku ok kan jelah...as long as he happy,i'll always be ok...mak aihh..ok memanjang....lepas tu pergi kerja pun muncung panjang jugak..heheh...
susahnya bercinta kan?nanti aku nak post satu entry pasal cinta lah.tp belum ada idea yang sempurna..hihihi..poyo ek.tak pasal-pasal pagi-pagi dah tangkap cintan....ok lah,stop dulu sebab dah rasa tenang sikit...;))

dadaaa,..

Thursday, December 2, 2010

sakit hati dh bermula

ye...itulah die..penyakit paling merbahaya...entahlah aku pon xpaham kenapa senang sangat menyerang...mungkin mentality diri sendiri menjadi punce..jadi,jgn nk salahkan org lain pulak ok fyza!ahhh!!!perasaan!mengganggu!terganggu!sungguh! aku xtipu!...
today...second day of my practical training....so far so good....wahhhh..aku blaja buat statutory audit!kencang ah!BUNYI GEMPAK!ahaha....tp ok la...ade info masuk jugak at least...
todAY...merangkap my besday!!!wah!saye sudah 22 years old!sykur alhamdulillah for still breathing...)
juz a simple day...juz a nice day with a cake from my sis...thanks sis!! i lap u!but no time to upload the pic.so sorry....
today....even is a good and big for me, i juz not so happy...ape pasal ek?aduhai..entah ape ntah...kusut bahhhh...
yes,i'm not so important!that is the reason!good...so,thank u someone......u r the best!dhla ape aku mencarut!nk tido besok keje!

p/s: sebenanye nk ckp sakit ati je..;p