rasa terpanggil untuk mengiakan apa yang telah di baca dari blog rakan "diary sofia"...ya...itulah yang aku rasa..terdetik jauh di sudut hati,aku ingin kan perubahan yang sama..pernghijrahan yang serupa...tapi mungkin dengan mukadimah dan jalan yang berbeza..benar apa yang dikatakan sofia,setiap org mahukan perubahan.dan semestinya perubahan itu dari yang tak baik kepada sesuatu yang lebih baik....cuma..masa dan kekuatan yang diperlukan untuk melalui fasa itu..dan setiap individu akan mengalami fasa yang berbeza juga...siapa kata aku mahu begini selama-lamanya...dunia semakin hampir ke penghujungnya...tapi itu tak bererti kita perlu berubah sebelum penghujung kewujudan dunia..sebab mungkin esok atau lusa kita di panggil menghadap Ilahi sebelum penghujung...dan semestinya kita sendiri tidak pasti bila waktu itu akan tiba...benar..kami mempunyai beberapa persamaan yang tak sengaja.melalui perkara yang sama dan sebagainya.mungkin tidak jelas di situ tapi naluri ku kuat menyatakan persamaan itu...ya..aku juga mempunyai nawaitu untuk berubah!itu yang paling jelas..nawaitu yang telah lama ditanam sedalam-dalamnya.yang bakal ku lunaskan bila tiba masanya...bukan memberi 1000 alasan,tapi itu lah hakikatnya...aku masih memerlukan masa...masa..dan masa...tidak bererti aku jahat,tetapi cukup meletakkan diri ini sebagai masih belum sempurna...seperti sofia juga,tudung sudah banyak,tapi masih belum tersarung.dan aku pula masih lg on-off...kenapa? sebab aku rasa tudung itu terlalu suci sedangkan aku si pemakai masih kotor dengan dosa..dosa yang sengaja mahupun tidak..dosa yang datang dari hati,dan segala pancaindera....bukan bererti keji tetapi cukup untuk meletakkan diri ini di kalangan yang masih berusaha untuk menyucikan diri...
tapi tekadku dalam hati, InsyaAllah dengan izin-Nya,aku bakal menyempurnakan nawaitu ini tanpa menoleh ke hari lalu satu hari nanti...
menyingkap kisah hidup seorang lagi rakan seperjuangan yang aku sayang,yang seperti ku satu ketika dulu...
sangat aku kagum memandangkan dia mendapat kekuatan itu terlebih dulu..meninggalkan dan membiarkan satiap kata-kata jahat yang mendatang seiring dengan fasa penghijrahannya...meninggalkan kegembiraan kebebasan yang dimiliki setelah sekian lama...aku pasti itu satu pengorbanan baginya...tanpa menoleh dia terus melangkah.menambah kekuatan yang datang entah dari mana aku juga tidak pasti.tapi satu yang aku pasti,penghijrahannya memberi nikmat yang tak ternilai...ya..kebahagiaan dan ketenangan kini milik mutlaknya...tanpa kata,segaris senyuman di bibirnya aku tahu itu hakikatnya..cahaya yang terpancar di matanya juga memberikan makna yang sama..tidak dapat di sangkal lagi..
selamat berbahagia sahabatku...semoga aku mengikut jejak langkahmu...;)
InsyaAllah....;)
p/s: pakaian lambang peribadi~
perubahan datang dari hati~
oit.. ayat skema dowh.. sejak bile ko jiwang sgt ni.. puitis habis.. haha.. mau lawan aku ke? hahahaha....
ReplyDeleteluahan jiwa ni..huhu..skali bace la...2kali bace aku rase mcm novel.;p
ReplyDelete