Monday, December 27, 2010

kembali normal T_T

bukan sebelum-sebelum ni aku tak normal eh! tapi untuk bagitau yang PERASAAN aku yang dah kembali normal..;)
dalam hati MASIH ada taman rupanya...hakhakhak!!

Thursday, December 23, 2010

rumitnya cinta


cinta is rumit!kalau tanya kat sapa-sapa pun mesti diorang agree..heheh!kenapa aku kata cinta tu rumit? sebab kita kena faham kesemuanya..maksud aku,kalau kita perempuan,kita still kena faham laki-laki ni macam mana....and kalau laki-laki pulak,still kena faham orang perempuan ni macam mana....lebih rumit kalau pasangan kita tu susah untuk meluahkan perasaan atau kemahuan atau ketidakpuashatiannya..asyik nak tunggu orang faham sendiri..mulalah bagi sign mengarut-ngarut bagai..angin tak tentu pasal..hempas barang sana-sini...tapi bila orang tak faham,sakit hati pun datanglah!nak salahkan sapa ek??;)

lelaki or perempuan
mana lagi rumit? lelaki ke perempuan??owh,walaupun aku perempuan @ oleh sebab aku perempan,aku akan kata - perempuan lebih merumitkan!sebab diorang@kami ni terlalu sensitif if nak di bandingkan dengan kaum lelaki...lelaki tak suka ambil tahu or fikirkan benda yang remeh-temeh...tapi kalau perempuan,even sekecil mana pun perkara tu,boleh jadi besar jugak!haish....sepatutnya lelaki kenalah faham....kadang-kadang perempuan ni bercakap melalui hati@ body language!jarang nak menggunakan bahasa yang lagi senang..tak mencabar!hahahaa...jadi,kenalilah kaum hawa sebaik-baiknya....;)
bagi yang perempuan pulak,kena ingat satu benda...lelaki memang tak banyak kerenah..langsung!tapi jangan sesekali anda "BOHONG" mereka!!!sayang dan jujurnya anda pada pasangan dah cukup untuk buat diorang ni senyum dan tidur dengan lena...siap temimpi-mimpi lagi.hahaaa..




Wednesday, December 22, 2010

GBS's photos!

oklah..disebabkan aku dah ada kat rumah,and takda buat apa2,bolehlah aku kidnap gambar-gambar kat facebook....nah,tengoklah...yang dari amy pun ada..marah agaknye..hikhikkk ;p


amy-aku-combie-le'o


posing gediks!






menyempat-nyempat!tengok tu amy,pakai tudung pun senyum-senyum!heh!


3dara poyo.;p



jom kita beryoga!




itu saja.dah,babai!~

no title!haaha

actually tak tau nak tulis apa hari ni..even dah beberapa hari tak update,i still don't have the idea...why? aku pun tak tau..hahahaa....oklah,sebenarnya beberapa hari ni aku busy sikit....dari hari khamis minggu lepas lagi...asal balik kerja je,kakak aku ajak keluar..haish..penat doh!tapi aku gagahkan jugak..(name kaki jalan memang gitu...)then balik-balik rumah tu,tidur lah jawabnya...mana tak,balik-balik dah pukul berapa...pagi-pagi pulak dah nak pergi kerja...gila kau tak tido...hahaha....tu lah aktiviti aku sampai hari sabtu....
hari ahad pulak lagi best...keluar dengan GBS(geng bas sekolah>>le'o-combi-amy)mulanya aku malas jugak nak ikut,sebab penat asyik keluar je kan..ingatkan nak rehatlah sebab isnin nak kerja pulak...tapi bila fikir-fikir macam rugi pulak kalau tak ikut..ye lah,dapat jumpa diorang bukan selalu,..(except my practical-mate lah,amy)so,aku decide pergi jugak.....
then kitorang tengok wayang cerita "hantu kak limah balik rumah". cerita dia memang mengarut habis!sumpah!tapi nasib baik kelakar!mula-mula aku macam layankan jelah..tapi bila semua orang gelak macam nak pecah panggung,feel tiba-tiba datang..masa tu baru aku focus!tu yang jadi kelakar tu....ramai-ramai kan...best gila!...balik-balik tengok wayang tu macam tak puas lagi...kitorang pun pergilah karoke...sejam je..sebab masa tu dah malam....kang balik lambat-lambat semua dapat ceramah free!!hahahaa...balik tu dah tak banyak cakap sangat lah sebab masing-masing dah penat + memikirkan esoknya nak kerja...hahahaa..apalah kawan-kawan aku ni...tak pelah korang,lain kali kita keluar lagi..tapi tunggu duit masyuk sikit,boleh shopping!hhoorayy!!
oklah,stop dulu..tak dapat nak upload gambar sebab kat ofis tak boleh nak bukak facebook..so tak boleh nak curi gambar kat page combi....yang lain pulak pada amy..entah bila zaman baru boleh tengok!haha..jangan marah ye miss amy..;p

p/s:
1)panjang cerita sebelum nak tengok wayang tu..tapi aku malas nak tulis..haha
2) padah asyik keluar pakai lens pagi sampai malam,minggu ni terpaksa pergi kerja berkacamata!;(

Saturday, December 18, 2010

mengeluh!

orang kata mengeluh tu tak elok...tapi sometimes we still need to mengeluh sebab at least terlepas sikit perasaan yang terbeban...tak semestinya mengeluh sebab patah semangat or what so ever yang tak elok lah....tu memang obviously tak patut....

but on my situation,kadang-kadang aku tetap mengeluh sebab masalah-masalah yang datang...tak baik kn??hahaa..tapi nak buat macam mana....aku pun ada kelemahan juga...dan mungkin terlalu banyak sampai jadi lemah semangat untuk terus berjuang ke akhir garisan..(sampai mati) rasa down memang tak payah cakap...sepatutnya bila tengok kawan-kawan happy and success, aku kenalah ada semangat untuk macam tu jugak...ni tak...mengeluh lagi sebab tak dapat apa yang kita nak...padahal hari-hari dah muhasabah diri untuk lebih positif.bila nak berubah? biarlah....eh,mana boleh!!!kau kena bangun lah fiza!!capai apa yang kau nak..apa yang kau harapkan!pleaselah...memang kadang-kadang kita merancang sesuatu yang perfect untuk diri sendiri..tapi bila the real come,you got nothing!!tapi sabarlah..semua tu dugaan..cabaran hidup...bak kata orang dulu-dulu..."berakit-rakit ke hulu..berenang-renang ke tepian....bersusah-susah dahulu...bersenang-senang kemudian..." insyaAllah....
yelah....aku cuba..T_T

mengeluh lagi...sebab keinginan sendiri adalah untuk hidup berdikari...tapi right now,keadaan tak mengizinkan dan terpaksa bergantung harap pada orang lain..i hate!

one more time...mengeluh..sebab orang tak paham.tapi untuk memahamkan orang tak pandai pulak..terpaksa simpan lagi..adeh..

enough for today..now,i can smile....
senyum ikhlas la jgk...hahaa....tengah kat ofis pn sempat lagi aku ni...ngeh ngeh!




Monday, December 13, 2010

cemburu!

lama tak dengar cerita kawan-kawan lama..rindu!!*_*
sesekali borak,terkeluar macam-macam cerita...nak kahwin lah..nk tunanglah...haish....jeles seh!!siyes aku jeles!
aku bila pulak?adoi...soalan tu aku paling lemah....belajar,lagi setahun baru habis.....lepas tu cik abang belum habis lagi..mungkin dalam 2tahun macam tu baru dia habis.haaa..kiralah berapa lama lagi?ntah-ntah time tu kawan-kawan yang datang semua dah bawa anak 3-4 orang...damn!! aku keciciran lagi!


to my friend yang nak bertunang,aku doakan kekal sampai kahwin ok! insyaAllah if tak ada aral melintang,aku datang majlis tu nanti...;)

Sunday, December 12, 2010

nawaitu hijrah~

rasa terpanggil untuk mengiakan apa yang telah di baca dari blog rakan "diary sofia"...ya...itulah yang aku rasa..terdetik jauh di sudut hati,aku ingin kan perubahan yang sama..pernghijrahan yang serupa...tapi mungkin dengan mukadimah dan jalan yang berbeza..benar apa yang dikatakan sofia,setiap org mahukan perubahan.dan semestinya perubahan itu dari yang tak baik kepada sesuatu yang lebih baik....cuma..masa dan kekuatan yang diperlukan untuk melalui fasa itu..dan setiap individu akan mengalami fasa yang berbeza juga...siapa kata aku mahu begini selama-lamanya...dunia semakin hampir ke penghujungnya...tapi itu tak bererti kita perlu berubah sebelum penghujung kewujudan dunia..sebab mungkin esok atau lusa kita di panggil menghadap Ilahi sebelum penghujung...dan semestinya kita sendiri tidak pasti bila waktu itu akan tiba...benar..kami mempunyai beberapa persamaan yang tak sengaja.melalui perkara yang sama dan sebagainya.mungkin tidak jelas di situ tapi naluri ku kuat menyatakan persamaan itu...ya..aku juga mempunyai nawaitu untuk berubah!itu yang paling jelas..nawaitu yang telah lama ditanam sedalam-dalamnya.yang bakal ku lunaskan bila tiba masanya...bukan memberi 1000 alasan,tapi itu lah hakikatnya...aku masih memerlukan masa...masa..dan masa...tidak bererti aku jahat,tetapi cukup meletakkan diri ini sebagai masih belum sempurna...seperti sofia juga,tudung sudah banyak,tapi masih belum tersarung.dan aku pula masih lg on-off...kenapa? sebab aku rasa tudung itu terlalu suci sedangkan aku si pemakai masih kotor dengan dosa..dosa yang sengaja mahupun tidak..dosa yang datang dari hati,dan segala pancaindera....bukan bererti keji tetapi cukup untuk meletakkan diri ini di kalangan yang masih berusaha untuk menyucikan diri...
tapi tekadku dalam hati, InsyaAllah dengan izin-Nya,aku bakal menyempurnakan nawaitu ini tanpa menoleh ke hari lalu satu hari nanti...

menyingkap kisah hidup seorang lagi rakan seperjuangan yang aku sayang,yang seperti ku satu ketika dulu...
sangat aku kagum memandangkan dia mendapat kekuatan itu terlebih dulu..meninggalkan dan membiarkan satiap kata-kata jahat yang mendatang seiring dengan fasa penghijrahannya...meninggalkan kegembiraan kebebasan yang dimiliki setelah sekian lama...aku pasti itu satu pengorbanan baginya...tanpa menoleh dia terus melangkah.menambah kekuatan yang datang entah dari mana aku juga tidak pasti.tapi satu yang aku pasti,penghijrahannya memberi nikmat yang tak ternilai...ya..kebahagiaan dan ketenangan kini milik mutlaknya...tanpa kata,segaris senyuman di bibirnya aku tahu itu hakikatnya..cahaya yang terpancar di matanya juga memberikan makna yang sama..tidak dapat di sangkal lagi..
selamat berbahagia sahabatku...semoga aku mengikut jejak langkahmu...;)
InsyaAllah....;)


p/s: pakaian lambang peribadi~
perubahan datang dari hati~

Friday, December 10, 2010

sekalung tahniah~

masa exam period,hari-hari aku kira berapa pointer yang diperlukan untuk menaikkan cgpa yang telah sedikit tergelincir dari semester lepas...bersama teman tidurku killa aku meluahkan kerisauan yang panjang..owh....bagaimanakah???detik demi detik,masa ditunggu telah pun tiba..bersaksikan teman sejawat praktikalismaku,jari jemariku baik kaki atau pun tangan, sudah mula kebiru-biruan keungu-unguan...
ku buka student portal yang sehari sebelumnya telah kubuka tapi direject sebab tak melunaskan hutang mengcompletekan SUFO evaluation yang diminta pihak uitm...bagus!
dan haini aku telah dilayakkan untuk menyemak keputusan dengan rasminya...tapi entah kenapa,masalah mana yang timbul menyukarkan proses itu...sabar jela.....dan amy bersuara menyuruh aku semak di email...perlahan-lahan dengan ketenangan 50-50 kubuka satu persatu...PAP!!! terpampang di situ... Ya Allah!!!!!!terbeliak lagi biji mataku..hahahaa.....Alhamdulillah...syukur...rezeki ku lagi semester ini.....sesungguhnya Allah Maha pemurah memberi rezeki pada setiap hamba-Nya...;)
di dalam hati aku menjerit " mak!!!!!saye dl lagi!!"
tahniah untuk diriku.....;)


p/s: unexpected sebab tepat-tepat dapat my minimum target..kena usaha lebih semester depan..;)

Wednesday, December 8, 2010

chemistry break~

ye..saya di tempat kerja..mengular sambil mengon9 sebab dah tak tau nak buat apa...bak kate mereka2 di sini.."belum ada kerja lagi..tunggu bulan 1 nanti baru bz.." heh!apa-apa jelah.so,jangan marah bila saya sempat mengepost satu entry kosong tanpa niat.aha!
sebenarnya dari semalam semalamnya aku gundah gulana...serba tak kena....macam entry aku before ni pun masih berkenaan ketidakpuashatian yang tiada hujung dan pangkalnya...itulah,kadang-kadang apa yang kita harapkan tak semestinya kita dapat kan...tapi apa yang aku harapkan?aku pun tak tau..;)cuma kadang-kadang hati perempuanku terdetik,kenapa dia tak faham...hahaa...ye...memang susah untuk memahami insan yang bernama fyza ini...kadang-kadang mata wajah hati dan lidah tidak seiring..em?apa maksudnya tuh?haaa...maksudnya,unexpected lah.jangan ingat korang dah kenal aku lama,tengok muka aku je dah tau apa yang aku fikirkan..sebenarnya tak...kadang-kadanglah......tapi bila keadaan itu berlaku,aku hanya mengiakan....;)menyedapkan hati setiap mata yang di depan..aku rasa macam ok je...sebab aku rasa aku ok je lah.terima apa pun yang datang dan mendatang...sempoiii...tapi hakikatnya bila terlalu memikirkan,hati aku..tuhan saja yang tahu...apa nak buat,sendiri cari penyakit...*_*
faham tak? tak kan...hahaa...sama lah yang macam aku cakap tadi...aku memang susah kalau nak di faham...ok,lebih mendalam lagi,aku sebenarmya dilanda chemistry break dalam percintaan!hahaha!!!apa gelak-gelak?betul lah!saja aku nak cerita sebab zaman diari aku dah habis,terpaksa post dekat blog lah..baca jelah kalau tak suka pun ok?;)
apa itu chemistry break??ok, macam ni....kalau dulu 'dia' cakap A, A jugaklah yang aku cakap..and A jugak lah yang aku rasa....but now,kalau dia cakap A, aku cakap A jugak...but maybe deep in me said B pulak..ahahaha..macam tulah gamaknya....oleh kerana aku ni spesis OK, aku ok kan jelah...as long as he happy,i'll always be ok...mak aihh..ok memanjang....lepas tu pergi kerja pun muncung panjang jugak..heheh...
susahnya bercinta kan?nanti aku nak post satu entry pasal cinta lah.tp belum ada idea yang sempurna..hihihi..poyo ek.tak pasal-pasal pagi-pagi dah tangkap cintan....ok lah,stop dulu sebab dah rasa tenang sikit...;))

dadaaa,..

Thursday, December 2, 2010

sakit hati dh bermula

ye...itulah die..penyakit paling merbahaya...entahlah aku pon xpaham kenapa senang sangat menyerang...mungkin mentality diri sendiri menjadi punce..jadi,jgn nk salahkan org lain pulak ok fyza!ahhh!!!perasaan!mengganggu!terganggu!sungguh! aku xtipu!...
today...second day of my practical training....so far so good....wahhhh..aku blaja buat statutory audit!kencang ah!BUNYI GEMPAK!ahaha....tp ok la...ade info masuk jugak at least...
todAY...merangkap my besday!!!wah!saye sudah 22 years old!sykur alhamdulillah for still breathing...)
juz a simple day...juz a nice day with a cake from my sis...thanks sis!! i lap u!but no time to upload the pic.so sorry....
today....even is a good and big for me, i juz not so happy...ape pasal ek?aduhai..entah ape ntah...kusut bahhhh...
yes,i'm not so important!that is the reason!good...so,thank u someone......u r the best!dhla ape aku mencarut!nk tido besok keje!

p/s: sebenanye nk ckp sakit ati je..;p

Friday, November 12, 2010

bosan melanda~

lalaalaalaaa......seronok bile dah habis exam..rase macam nk tido xpayah bangun smpai 2-3 hari..hahaha...tp mesti xbley punye...mate aku ni kalau dh pukul 8 mmg dh xbley nk teruskan perjuangan untuk tido dh...hhuu..jeles tgk org lain tido nyenyak2 aku plak temangu2 xtau nk buat hape.aahhhh bosan!! betul la org kate..manusie ni mmg xkn puas...tgklah,org yg kurus nk gemok..yg gemok nk kurus..yg putih nk gelap..yg gelap nk putih...yg sekolah nk keje...dh keje pnt pulak...smbunggggg balik belajar..mcm aku skang..hahaa..aritu sibuk nk cepat habis exam..nahh skang baru abis xspi sehari aku dh bosan dh...aduhhhh...gawat!!aku xbley r duk lepak2 cmni...nnti byk bende plak menerjah ke dinding otak.(otak ade dinding eh?)ngeh!bile byk bepk mulalah mood aku swing xpepasal...sbenanye aku pon xtau ape yg aku pk...org abis exam lega bagai...aku abis exam makin serabut kpale otak!hampeh tol!
dh mood xde,mau tido.babai!

Sunday, October 10, 2010

perasaan jadi student~

dulu mase kecik2, umor aku dalam lingkungan 5tahun gitu,mak aku dah anta pegi pra-sekolah...aku panggil sekolah tabika.korg bayangkan lah..dari umo 5-22(dh nk masuk)belajar, muak weh muak..huhu..tp mase tabika dulu xrase...rase seronok je..ramai kawan...makan free....main mainan..lego...tanah liat..lg ntah ape ntah...aku pon xigt sgt...lgpun mase tu blajar xssh....abcd je...pejam mate pon bley bce...haha...mase tu tau pegi sekolah sbb nk jumpe kwan..main2...main kawin2...
tanah liat aku buat mcam2 bentuk..paling banyak bntuk kuih..;-p

ni la lego...hahaa...lame xmain!!

cukup 2tahun,aku masuk sekolah rendah..perasaan die bangge sikit...macam dah besar gitu..dah mule gatal2 gedik2..hahaa..baru nak naik..sengal!malu bile igt2 balik weh..betul xMATANG!!bengong! mase tu blaja senang jugak..aku kire terror r xpenah dpt nombor blakang2..haha...mase tu la....-_-
tu yg berangan bukan main lg...bila tnye cita2 nk jadi ape,aku jawab ade 3..(polis-cikgu-pramugari) hah gile xnyambung!aku pon xpaham apsal...penah skali ade sorang cikgu ni bley sound eh,"bontot pon xde,nk jd pramugari~"hahahaa..bengang weh bengang..tp nk buat mcm mane...skang ni kalau nk dibg pilihan antare 3 tu,aku rase jd cikg je yg paling layak..nk jd pramugari mmg xlah..muke pecah2..nk jd polis...mate rabun pulak...nah,cikgu jelah..mak aku pon suke...tp ntah...hahaha..tgklah nnti..wallahualam~

ok,naik sekolah menengah perasaan die macam,weh aku dah besar weh....tgk budak2 sekolah rendah pun macam nk xnk je..ape barang budak kecik..hahaa...padahal time aku sekolah rendah,org tgk aku mcm tu jugak...tu xsedar diri namenye..-_-mase sekolah menegah ni dah pk macam2 dah...dh pk nak melawa..nk menyeksi..pakai pun ketat2 ntah pape ntah..seluar kecik bawah...kalau baju sekolah tu nk pendek kecik..tudung ngn kain pun kene singkat..hahaa..konon2 macam otai2 sekolah..blah...aku r tu.hhahaha!lg bile ade org admire,wah!bebunge2...gedik jugak..tp biaselah time2 umo cmtu...mmg xbley lari kot dr hal2 cmni...tu la yg jd memori daun pisang sampai ke tua...kalau x,kan bosan hidup xde pape memori...betul x? -)
mase sekolah menengah,belajar bukan pekare utame untuk aku..yg penting,aku enjoy..hahaa..betul pendek akal...bile result spm xbrape nk ok pn,xde rase sangat..tulah masalah budak2 skarang...haish...

sori ak mmg xde seni nk melukis.hahaa...tp ni nk tunjuk gaye senteng2 mase sekolah dulu..-_-
 

bile dah jadi diploma student,up lah cikit...baru menyesal xblaja elok2 dulu..xmemasal sijil spm xbrape nk membanggekan...huh, mase ni lah baru pk mase depan....betul2 pk i mean~cume time diploma,blajar macam xdelah struggle sgt........sebab lecturer suke ajar sebijik2 kat kelas...senang lah nak pham..bile exam,study sikit2 je buat revision...result pn ok..hati pon senang...kadang2 siap boleh tido2 lg mase org len tengah syudy..wah,syok...)
kire mase diploma.blaja tu macam makan kacang je...tp ade skali tu aku sakit,xdpt amik final exam....mc 2paper...wah,tepakse korban lah buat intersesi..yg tu lg syok..makan tido makan tido..pegi kelas pun 2jam jek..hahahaa....tp time tu result jatuh..malu xusahlah nk cerita kn...aku je yg rase...tp nk buat mcm mane...xde rezeki...)then,samapilah ke part 6......semester last dah tu..boleh pulak xde hati xde feel nk blaja...ntah ape kes ntah...siap nk paper pun sempat tgk kabhi kushi kabhi gham lagi okey!hah,amik kau..dpt result baru nk tepukul!!menyesal pun tarak gune..apelah yg aku pk ntah...

sudah terhantuk baru tengadah....
tulah yg aku boleh simpulkan ape yg jd mase part 6 dulu..sebab after kejadian tu lah baru aku sedar betapa lalainye aku...and i'll not let pisang bebuah 2kali.chewah!hahahaaa...and now,aku tengah buat degree in accountancy kat shah alam...haha..baru aku tau the real of accountancy....pecah xpecahla kepale....semak dan sesak....everything kene buat sendiri..xde suap2 macam diploma time okey...tp kali ni mmg tough gile..aku study bagai nk pengsan pun kadang2 cukup2 makan.....mungkin sebab aku kuat makan..sebab tu xcukupp..hahaa...ok..tu joke mereng!-_-tp betul,rase mcm xsatisfied dgn diri sendiri cz belum sampai target.tu yg skarang ak behempas pulas bukan macam mase buat dip dulu..skarang kalau org tido aku pulak yg study...hahaaa...hambik kene balik!tgk jelah org len tido sedap2...)

dah,babai..........

Thursday, October 7, 2010

macam arteri tesumbat!

banyak bende nak cerite..tapi entah..bila cakap xsame nk tulis nih..ade yg tesekat2..macam "arteri tesumbat"!hahaaa...ayat ni aku copy paste cerita katun sebenarnye..jadi bahan housemate2 aku..sengal!

penat!sumpah! xtipu.sangat penat minggu ni.even ade ponteng2 kelas pon still rase xcukup rehat...nak kate demam x..tp minggu ni je dah masuk 3kali aku makan panadol!damn!!ketagih aku xlame lg..(mintk jauhkan)ok,dh tesekat dah..nk tulis ape td bekobar2 sume dah hilang..same macam time jawab test td...bekobar sangat last2 hampeh soalan susah nk mampos!tinggal2 space tp at last bape baris je yg aku tulis.hahaa....
ok,tgh2 aku tulis entry ni plak dpt msg boyfren bgtau xdpt jwb test jepun...rase mcm nk marah je..tp kesian jugak...hahaa..xpelah,bialah.nk buat macam mane....dah dia kate xtau arini ade test...tp satu aku memang pantang,kalau bende2 blaja ni buat memain..hish..xsukelah.kadang2 mmg aku pn bile dh xlarat malas ah jugak..tp kalau nk ignore terus tu  mmg bukan aku la...mmg time tu jugak tebayang muka mak aku yang kat umah..bile igt mak,mmg xde alasan lagi la...study bagai nk gile jugak la aku..hahaa...mak mmg inspirasi aku...motivator aku.,..tq mak..i luv u so much! :-p
dah,balik topik asl..ape aku merepek2 pon aku xtau ..patut pn xde org singgah..ahhh..peduli hape aku..janji aku puas!nah!dh cukup!
ok,sebenanye nk cakap pasal exam jugak..sebb final exam dh dekat dh..tinggal brape mggu je ni.. habisla makin tesumbat arteri dek kebimbangan.(bak kate amy)...tp physically mentally,both serius xready lagi!hah..amik tunggang telangkup lagi ayt den!-_-
study week kali ni rase aku xbalik(mungkin)..sebb saje je..haha..xdelah,mestilah nk study..lgpun after exam,next semester i'll not be in shah alam lagi dah..sbb dapat praktikal dekat JB-_-..duduk rumah..seronk!!yeah!!hari2 makan mak masak....men ngn ank2 sdare aku yg aku dh rindu sgt2 dh ni!and also xbalik sebb nk kene dating jugak before study utk final ni.....hahaa...pasni dh jauh2 xbley dah dating2 ni...)
ok,stop dulu..dadaa....-_-

Sunday, September 19, 2010

Ya Tuhan...

kembali ke rumah sewa sudah....)
memulakan hari2 yang baru...semoga perjalananku diberkati-Nya..

hari ni aku rasa happy..mengenangkan hari2 yang telah aku lalui..walaupun ada yg pahit,tp yg manis tu sudah membalancekan..kira neutral lah..p

Ya Tuhan..sesungguhnya kebahagian itu tertulis untk setiap insan pastinya..seperti aku yang mencari sinar telahpun menemui maksud di sebalik yang tersirat...Alhamdulillah..jika sebelum ini mungkinnya kurang keyakinan atas kasih yang tercurah,tapi hari ini telah pasti aku tak salah menerima yang telah diberi...terima kasih  "awak"...)
maafkan jika aku selama ini membuta tuli atas setiap perlakuan...mengikut hati takut terguris tetapi enak2 mengguris perasaan orang lain...ye..aku tau bahasa aku bercelaru hari ini..tp baca jelah...tidak penting selain isi dan mksud yang hendak kusampaikan di sini...sengaja juga mungkin untuk menambah kekeliruan...;)

jika dulu aku mengaharapkan kasih,kasih tidak kesampaian..empunya badan tak sudi atau mungkin ada yang dipendamkan...wallahualam...tapi mungkin segalanye telah tertulis..dia bukan untukku biar beribu tahun ku tunggu..mungkin ada baiknya di situ yang kita tak tau...apapun,syukur sebab aku telah ditemukan dengan seorang yang ikhlas..biarpn sedikit masa dulu aku pertikai keikhlasannya..pertikai kasihnya..pertikai perlakuannya...kesabaran meleraikan segala2nya....aku cuba untuk tidak memberi kasih sepenuhnya,bimbang membazir pada yang tak sepatutnya,takut merana jiwa..tapi hakikatnya dia yang terbaik untuk ku di kala ini..dan kuharapkan sampai ke akhir penghidupanku...amin...akan kujaga simpulan kasih ini sampai termeterai satu ikatan insyaAllah...)

Wednesday, September 15, 2010

rayaaaaa..)

dam dam dum...bunyi mercun...nanananaaalalalala..hahahaa..reti plak aku nak menyanyi lagu raya ni...bwekk!!
hm,,,,syukur alhamdullillah....Allah s.w.t masih memberi peluang untuk kite beraya lagi tahun ini...walaupun everything dalam keadaan yang sederhana,syukur.....)
hari2 raya macam ni,budak2 lah yang paling sonok..keje kutip duit raya jelah korang ek...nasib bek aku belum keje..kalau x,mau bocor gak kocek aku ni..maklumlah....sepupu sepapat ank sedare sederot bederet2...hahahaa...kene pulak duduk umah tak beraya,dok melayan dak2 kecik datang semekom...semekom....jenuh gak aku nk membasuh cawan...korg punye pasal lah ni...tp ada jugak yg ade style...budak2 jenis ni mata duitan jugak agaknye...pagi2 aku sedap tido,dah bagi salam..."semekom....kak...kitorg datang nk beraya ni...tp kitorang dah pegi byk rumah..dah kenyang...xlarat dah nk minum...kalau minum jugak nnti tkut temuntah.."haa....haktui!!yg macam ni pon ade taw..so,maknenye,bg jela duit raya...kdg2 bgus jugak...xdelah penat nk membasuh cawan kan..hahahaa....(pemalas!)

ok,raya tahun ni biasa je..xde yg menarik sangat...lg2 ayah ngah x sihat lg skang ni..abang aku sorang pon xbalik beraya...biasalah polis mane senang nk dpt cuti kan...so...raya pn biasa2 jelah kitorang...yg seronok nye dapat jumpe kawan sekolah dulu...kelua tanduk lapan aku..demm!!hahahaa....miz korg lah...setahun sekali dpt jmpe kn...tp ade jugak yg xdtg braye sbb sibuk ngn keje...xpe..aku paham....tp xkurang jugak yang kate nk datang beraya tp tggu xmuncul2....lantak korang lah..tp len kali kalau xnk dtg,bek jgn ckp..bleh aku melahuuu...hahahaa....mintak maap kalau terase yek..chill..)

pejam celik pejam celik,dh nk habis cuti raye..aishhh..tension tol aku taw bile nk balik s.alam ni..nk ngadap para buku...para kelas...para guru..hahahaa...xpelah,akan kucube kuatkn hati teruskan perjalanan...ngeng!

oklah,raya tahun ni sekeping gambar pn xde..tu pasal xdpt nk share kt sini...kenape xde aku pon xtau...hahahaa,,,,raye kdg2 is meaningless!!!semoga thn dpn punye raye masih dpt dinikmati dan semoga lebih bermakna,....)

..S.E.L.A.M.A.T.  H.A.R.I. R.A.YA...

Thursday, August 26, 2010

jiwa terganggu..

assalammualaikum...pembuka bicara..=) senyum dulu untuk menenangkan hati yang lara....ahaa..
harini 26 ogos @16 ramadhan rasannya..=)..puasa berjalan lancar walaupun kadang2 gastrik macam menyerang2..ku gagahi jua...alhamdulillah syukur...-_-...

apa mau cerita ye?banyak..ahahaha..oklah...satu2 dulu mana yang terlintas di kepala...sebenarnya ni tengah hemo2 sikit sebab xdapat sama2 ngan amy pegi segamat jumpa kawan2 kat sana...tadi jumpe suki@macam abang aku jugak...same ngan alem..rase jiwa ni meronta2 jugak nk cakap.."nak ikot2"..hahaa..tapi apekan daya...banyak kerja dan financial constraint... =p..ape boleh buek...ahahaa...xpelah...yang penting hati saye tetap ingat kat sana..ingat kawan2 saya...=)dh,xnk igt..nnti xpasal2 malam ni jugak pegi terminal beli tiket..ahahaa..gila!

bukan tu saja...ade lagi yang menyesakkan kepala ni..haish....dugaan betul ramadhan ni....about common test...macam2 hal....susah!!ntah hape2 ntah yang aku jawab pun aku xtau..CRG,FAR mmg susah..tp rase macam ade cnfident sikit lah...masuk je bab MAF(finance) rasa macam nk mintak tukar ketas soalan...gile payah nk buat....pening2...sampai balik umah pon dok terbayang2 soklan sebijik2...study bukan main smpi tekangkang tekiap...tp hasilnye..mcm xstdy je..hahaha..belum masuk bab AIS ais bebeh lagi..gila satu hal...ade ke patut....mase dah confident dh hafal suma bab yang masuk,tiba2 amy tnye..."test kat mane?try tanye jiji.." (jiji ni kitorang punye classrep)..then aku pun smbil pakai kasut call jiji..mase tu pukul 1 lebih r..

aku: hello jiji...test kat mane?
jiji: test?esok ke?kt dsb....
aku: x..x....test arini la.....kat mane ye?
jiji: arini? owh...test kat dsb la...pg tadi kn...kul 10.15..
aku: hah???

hahahaa..macam tu lah lebih kurang..apa punya dugaan lah ni..macam nak tecabut jntung aku ni....ape lg..gelabah3....nasib baik dapat lecturer setenang FIRAS ALI milik amy...hahahahaa...tq sir...luv u more..hahahaa......dapatlah jugak amik test tu besame2 student yang amik test kod lain...x memasal..hahhaaahaa...

haish..apa lagi nak cerita ya?ak pn dah blur ni...hati ni macam meronta2 je nak balik...kat umah sewa ni tinggal be2 je ngan housemate aku...hahaha...migrain ku bakal menyerang...-_-
semalam aku call henpon mami aku kat rumah...rindu...haish...tiba2 anak sedara aku yang jwb...wah,advance budak2 sekarang ni..aku dulu nk pegang gagang tepon rumah pun dapat mase darjah 2...ni plak anak sdare aku...umo bru 2-3 tahun dah pandai jawab henpon...tp ape yg dia bebel pon aku xpaham sangat...cakap belumbe2 macam nk belari...heheh....jgn mintak henpon sebijik sudah...=p

oklah....dah masa untuk ke bazar....babai...=p

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan ya ramadhan..

tup tap tup tap...sampai jugak waktu yg di tunggu-tunggu...bulan puasa..=)
tahun ni azam baru..nak kumpul pahala mana yang sempat & mana yang aku temampu..maklumlah...setahun sekali je..nak tggu puasa ni pun,sepanjang tahun bulan lain2 mengarut merewang je lebih nya....so,di bulan puasa yg mulia ni aku harap sangatlah dapat tampal lubang2 dose..kalau xbanyak membukit pun pahala,at least biarlah rata sikit kn dosa2 ngumpat ke..tekutuk ke..hahaa..biasalah..kite ni mansia biasa je..mana boleh lari dari mende2 tu semua...ye tak?=p

so...selamat berpuasa semua....=))

Thursday, July 29, 2010

aktiviti sehat...=p

ok,kali ni sebenarnye aku nak cakap yang aku ni..hantu bejalan...korang bagilah cadangan nak pegi mane2,for sure aku org 1st yang agree..hahahaa....kalau tanye2 member2 aku pn,dri member sekolah,sampailah memember satu universiti...dorang pasti2nye akan ckp bende yg same....
1)kuat makan
2)kuat tido
3)kuat bejalan..
tu aku admitlah...nak buat camne...kalau duduk diam je,migrain aku pun datanglah.tu pasal kat umah time2 cuti semester aku slalu je kene migrain..hahaa..

hmm...before cuti semester lepas,aku dah berangan2 ngan hosmet aku nk g holiday awal sem ni....sebabnye sem depan kitorg maybe da xjumpe da...huhuhu...so,dengan suke hatinye aku suggestkn utk pegi pangkor island...syok eh....tebayang2 dh ni...

then,waktunye pon tibe....jeng3...plan punye plan....pk pnye pk,musnah harapan bangse negare....masing2 ngadap maslah financial...so,we all make up a decision yg baik punye......demi menjimatkan kos...hahahaahaha...


ok,then kitorg agree utk buat aktiviti sehat...aktivti daki bukit...BUKIT BROGA....huhhuuu...best wooo....excited....tp esok nk pegi broga ni...boleh pulak member aku si rai ni tibe2 bebunyik..."eh,jom kite pegi putrajaya...ade flora festival.." malam tu jugak kami2 ni pegi...solek sakan mcm nk pegi dinner...hahaahaaa..
buat love tp mcm xjadik..haha
byk sebenarnye pics yg kitorg amik we enjoyed it...then kitorg balik around 12.30a.m....balik2 je lapar semua orang weh...tak teringat makan...then we decided to makan2 at kfc....tp hampe sbb semua yang kitorg order dah abis dah....last2,mcD jugak lah yang kitorang tibai..
habis makn (+sembang2 ngarot2) masing2 wt hal sndiri..ade yg tido..ade yg msg boipren..hahaa..aku plak...g dpur masak sardin...dlm kul 2 cmtu kot...gile ngntok...tp demi nk bekal sandwich utk hari esok,ku gagahi jue..hahaaa...ayt kau piza...bengong..ok..dlam kul 2lebih cmtu,aku pn bersedie melelapkan diri.....

masuk pkul 4.30 aku pn tebangun..excited..hahaaaa...aku pn siap2 and kejotkan mereka2 ni sume yg masih bemimpi...tp tu la...bgun2 je masing2 dalam kepale tibe2 je tepk..."betul ke nk g daki bukit nih...tido xcukup...larat ke x..." hahaaa...xsangke korg pk mcm aku pk...tp demi xnk hampe,sume buat2 gagah je..bwekk...sorg pn xckp smpi lah misi selesai...tp xseme yg sampi 4th peak taw..2org housemate aku smpi 3rd peak je...hahahaa..xlrt dh...=p

waktu ketibaan..hahaa


at 2nd peak wif mieza


para peserte( camerawoman xnampak..maaf ejah.=p)






ok,ckup kt broga..then kitorg pn penat....eh,lupe nk ckp..kitorg pg2 tu semue xmandi..hahaaa...motif??sebb kitorg nk merase mandi air terjun tekala...on the dot after settle turun bukit broga, kitorg pun belengas(melekit2 bahase mane ntah)...so,kitorg beli makanan trus g destinasi seterusnye.....

here we are...
berenang beirama..

konon2 jek lemas...huhu

ok..hahahaaa....lepas mandi2 kitorg pn trus balik....dh,tu je....=))

p/s: nk pegi bejalan lg tp xtau nk pegi mane pulak....huhuhuuu

Tuesday, July 6, 2010

puase....

ok,let's cite pasal puase..puase kn dah nk dekat..korg dh ready ke belum ni??belum??haishh.. macam budak2 lah korg..hahaha..ok lah..ape sebenarnye yang buat aku tibe2 nk cite pasal puase ni?sebabb....hari ni aku puase..hahaha..puase ganti x habis lagi lah korg..hadoyai...bule mule puase,gastrik pon datang lah ni..hahaha..alasan lah kau!! ok,harini best..sbb housemate aku yg baik hati volunteer nk masakkan juadah bebuke..hahaha..baik kn diorg??trima kasih korg2..sayang korg2...mdah2an korg dpt pahala jugak..=p

now,nk cite zaman "kenakalan" aku dulu2..hahaha...sebenarnye mase skolah dulu,aku ni agak nakal jugak lah....ade skali tu,bulan puase...aku & 2 org lagi member aku yg macam penyangak jugak pe'el ni saje buat dajal...habis je skolah,aku pn teruslah g melanguk kt bustop tunggu bas nak balik..mase tu xde orang sangat...kelas tambahan ke hape aku pon dah lupe..jap lg dok sedap tnggu bas ngan muke innocent nye ni,member aku pon dtglah nek motor...slow je die bawak...jap lg jalan kosong dorg pon melintas depan aku sambil tunjuk tin 100plus..pergh...mase tu xdelah haus sangat ke hape..tapi kalau dah setan setan jugak...aku ape lg..hamik jela tin tu terus minum..hahahaha..dose weh dose..macam ne nak tobat ni..hadoi...

tu satu hal...depan family aku baik jela...dorg xtau aku cmne...hahaha..jahat gile...xpelah,pk positif nye,aku saje xnk sshkn ati mak aku...eceh..
then ade satu kali ni abang aku ajak aku jalan2 nek kete..mase tu die bru jgk la tau drive..saje amik angin petang2....xpetang sngatlah..tibe2.....tup..tup...tup...hahaha..ape korg nk tau?abang aku pon besuare.."eh,hauslah" aku konon2 baik ni pn ckplah.."eh,poselah,gile kau?" eceh..ayat baik punye...jap lagi die stop kt depan kedai runcit..."zah,ko ppuan..ko belikan air ngn roti"..aku pn layan jelah....hahahaha...aku pn buat muke xmalu g msuk kdi beli ape yg die pesan....then kitorg g kt taman....duk dlm kete je...die pn mkn....nyum2...mase tu lapar bangat..roti pn nmpk sedap je....akibat xtahan gelore nafsu,aku pn tejebak makan skali....hahahaa..setan...setan.....kantoi jgk aku akhirnye....

p/s :eh,tu dulu2 pnye cite k..skang dh tobat...hahahaha

all about the mid-term break..

supposedly i wish to had a great holiday...that's normal for all of us..plan something to do with family..enjoy and happy...but..what happen to me in this two months holiday??it just full of trouble and i don't know how to face..the biggest trouble is when my father  fall sicks..and we just in time noticed that,it came from somebody..it's hard to say..everyday,we need to beware of what happen next..take care of my father.try to help in any way to make him comfort..

i even wish to get enough rest during this holiday...enough sleep...but i can't.. i just can't do that....if i do so,i feel guilty to myself..to let my mum tired of all the things to do..while i being comfortable with myself..what kind of daughter if so...so what i do?? just give some help to make it easier for her.....stay home..but sometimes hang out..just for a while... i also being a babysitter for both of my nephews...it's fun...but sometimes become challenging to me..hahaha...why i said so? because both of them are very aggressive and stubborn..=p
I'm not good enough to be a story teller..but to share, i hope that i can be..
the best part of my holiday is when i had met my ex-school members..which we had a gathering..we enjoyed that night with the foods,chats and karaoke at Danga..hahaa..thanks to them which would be my friends till the ends..=))

there's lot story..but i had no idea actually..hahahaa..and now, i already in Shah Alam for the new semester..hopes, it will be going smoothly... and better than before..wish me luck!=p

Friday, June 4, 2010

yesterday is a history

what the f??huhu..kecik sungguh hati ni bila kau kata begitu..sampainya hatimu babe..sedih lol...aku taulah dah lama lost contact..tapi tak semestinya aku jumpa kau aku nak kita macam dulu..yang tu tak mungkin..tapi biarlah kita kawan macam biasa..salah ke??adoyai..

apa yang aku membebel ni??haaa...ni lah..entahlah..aku sebenarnya tak pasti pada siapa ditujukan ayat "cmni lah rasenye..yesterday is a history,tomorrow is a mystery and today is a gift"..kalau untuk orang lain fine...but kalau untuk aku.pergh....menusuk beb..ye..memang kau tak post kat wall aku..tapi terasa jugak..huhuhu...tettttt........


oklah,sebenarnya aku pun tak pasti dengan apa yang berlaku...kenapa,kenapa dan kenapa..memang dulu aku pernah sukakan dia..but at the same time aku tak boleh nak terima...zaman bebudak..ye tak??setia lah konon..haprak ar kau moshintamo..ok..then,we befriends..but i'm not remember why we lost contact..masa tu mungkin aku hilang handphone kot..tak ingatlah...so,bukan salah aku pun..bukan aku yang lari..hmmm...mungkin bukan jodoh..mungkin jugak sebab lain..apa yang pasti..aku berpegang pada "setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"..that's why aku tak mengikut kata hati..terima apa yang telah ditentukan..bukan berkeras untuk menentukan..tapi kalaulah dia faham apa yang telah berlaku..hmmm....
ini kalau cik abang aku baca ni mau temenung 5saat ni pk sapa gerangan yang aku cakapkan ni..hahaha..maaflah..aku tak bercerita pada dia..malas nak diungkit-ungkit..tapi bila sampai waktu macam ni,terpaksalah jugak..=)

tak apalah..mungkin aku salah faham je kot...hahaha..perasan lebih..mana tau,dia cakap kat orang lain..ceh! saja nak sedapkan hati sendiri...
hahahah...tak kisahlah..yang penting esok dapat tengok LBS!..eh,ada kene mengena ka??hahaha..pk2 kan lah..

angan berangan taik minyak...

hahaha..dah lama aku xpost apa2 kat blog rupanya...maklumlah..balik2 rumah je cuti ni,terus aku secara rasminya appointed as bibik kehormat..mau tak bz aku dibuatnye..huhu..apa pun,seronok juga dapat melayan kerenah 2 orang anak buah kesayangan aku..

hampir2 penyek jugalah ucu diorang ni tiap2 hari..haha..kelakarlah..macamana nak kahwin ni???adoyai..baru jaga 2 orang dah nak pengsan..=p

ok..tett..tu saja2 nak kongsi pengalaman..nk cakap jugalah..kalau korang jenis yang tak sabar,baik jangan jaga budak..habis korang lempang je lelaju..confirm!hahaha..

berbalik pada topik hari ini..
hahaha..apalah aku ni..angan2 taik minyak je nak ada blog ni sebenarnya..tup2 sampai masa..kekeringan idea..=D
tak apalah kan..orang cakap,tak cuba tak tau..ceh,poyo jap..macam apa je..=p
niwey,i'll keep it up!
ni sebenarnya aku dah boring sangat hari2 duduk ngadap fb je..nak temuntah dah..
oklah..stop sini dulu....nak tido..zzzzzz...=))

Friday, April 30, 2010

let's pray for my father..he's been hospitalized since yesterday..but i just got the info today..how come?maybe my mom won't make me worry about this because i had one paper this morning..hmm....hopefully,he's getting better...i miss home..miss them..and i'm worry about what happening lately..my father's condition..so confusing...sometimes i feel something bad....i just can pray for better things...hmm...oklah, i feel not ok today..hopefully i'll be better tomorrow..=)

Wednesday, April 28, 2010

eeeee.....

xsuka2!!!!hahaha..actually i just watched ADAMAYA on tv3..ish,geram betul dengan Maya nih!dah ada husband punyalah handsome...baik pula tu..anak pun comel..kenapa mesti layan si dani yang sewel tu???tak paham2..hmm...dani pun satu..ada ke orang macam tu??dah macam gila talak pun ya juga aku tengok..tak patut betul...hmmm...harap2lah aku tak kena benda2 macam tu...buatnya esok2 aku kahwin dapat husband macam si dani tu,pengsan aku.,...hidup dengan orang yang jiwanya entah kat pempuan mana ntah..alahai...simpang malaikat 44..
hhmm...tiba2 je aku teringat kat si dia...ntah2 dia pun teringat kat ex-girlfriend dia tak..maklumlah..lelaki ni kalau dah sayang teruk juga..sampai tak boleh nak lupa...hmm...dahla aku ni mulut al-celupar sikit..asyik nak sakitkan hati je..hahaha..apa boleh buat...natural being dah tu..takkan nak hipokrit pula kan..tapi harap2 tak la sampai jadi macam tu kan...=)
actually aku risau juga..yela...hmm...dia pun dah cerita semuanya kat aku...so,bila tau dia berbaik ngan orang yang dia pernah sayang,mestilah terasa juga kan..walaupun aku jenis tak ambil kisah pun sebenarnya..mungkin sebab melibatkan perasaan...hahaa..emosi pula aku ni..haishh!!!jangan2...tak baik fikir yang bukan2 kat orang yang kita sayang..betul tak?hehe..apa2 pun korang doakan lah ak kahwin nanti dengan orang yang betul2 sayangkan aku ya..semoga aku tak kecewa dihari tua..hahaha..poyos gila!!!belajar pun tak habis lagi dah berangan nak kahwin..gatal betul..haha...tapi takpalah...semua orang mestilah ada impian kan..and semua kena ada perancangan....walaupun segalanya telah di tentukan...
sekian dulu dari lubuk hati...muuahh!!=)

Tuesday, April 27, 2010

ouch!!

ok..harini nak share photos of my cutie (mohd zharfan)..haha...penuh dengan gaya tersendiri..korang tengoklah ya..=)

hahaha...likes a muslim soldier pun ada...pic yang second ni pula masa die belum pandai berjalan lagi..tapi muka masyaAllah..macam bajet dah besar je..haha


yang ni pula dah handsome dah..tapi nampak pula puting botol susunya tu..alahai...=)


yang ni pasangan serasi..hahaha..muka tak boleh bla betul..budak2 zaman sekarang..=p
p/s:budak perempuan ni besar sikit dari zharfan...cucu jiran depan rumah aku..dah macam satu family dah..haha..tunggulah korang berdua besar..tengoklah pics korang time2 kecil..


zharfan+air+kompang memang tak dapat dipisahkan...hahaha..ni lah hobi dia if korang nak tau..kompang ni pula datuk dia yang belikan...klasik gitu..yeyeh..
p/s:kolam ni sebenarnya dah pupus dah..bocor..hahha..so,dia main air dalam bilik air je..kadang2 if mandikan adik dia,dia yang masuk dulu..hai...habis melimpah air keluar..
ish2..manja betul budak kecil ni....hahaha...berlakon ni...konon2 merajuk..then mengadu kat nenek dia..hahaha..tak pun bila nenek tanya kenapa, he will say "nenek marah..nenek tak sayang apan"hahaha..tergelak besar aku bila mak aku cerita..he's only 2years old..just imagine it..=)

hah!!mana tak kena marah ngan nenek..tengoklah..pantang nenek dia baring..sesedap rasa dia naik..haha..ingat badan dia ringan???minta maaf lah ya..ucu dia pun dah tak sanggup nak dukung taw...macam nak patah tulang2 ni..=)
tengok tu...aksi apa pun tak dapat nak describe..wee...yang penting dia tengah happy tu...
ok..itu saja untuk tatapan kali ni...hmm,for adik humaira pula..maybe next time..when i home sweet home..hahaha..adios..#











































Monday, April 26, 2010

bila rindukan rumah...

ok..nak tau siapa mereka??mereka lah inspirasi hidup aku.,..=)

sama tak muka aku ngan diorang??mestilah korang tak tau kan..hahaha..apelah aku ni..tak apalah, aku cuma nak share ngan korang supaya korang pun sayang parent korang and jangan sesekali sakitkan hati diorang,..mungkinlah kadang2 tu ada jugalah yang "tersakitkan" atau "terguriskan" hati..tapi at least, kita sama2 lah cuba elakkan..=)

yang comel dan montel ni plak permata hati keluarga kami yang pertama...dialah sinar..hahaha..tapi jangan tak tau..kadang2 menyakitkan hati juga..biasalah kan...haha...dengan dia jugalah aku selalu bergaduh...gaduh2 manja...sedap gomol budak nih...cute sangat hahaha..habis aku balun cukup2..hm,yang ni nama dia :

MOHD ZHARFAN HAZLAMI HAIRUDIN...

yang gila kamera ni pula anak buah kedua aku..=) comel kan?? tapi yang ni gambar beberapa bulan yag lepas...gambar terbaru aku tak sempat nak snap lagi la sebab dah lama tak balik rumah,,,rasa rindu pula kat diorang ni..alahai....my mum cakap dia dah pandai macam2...kesianlah kat mak aku..kena jaga dua orang cucu yang sangat aggresive..hahaha..ok..yang ni pula nama dia:

NURZAKIRAH HUMAIRA HAIRUDIN...

bila rindukan rumah...aku rindukan mereka.......=))