Friday, June 28, 2019

Good News

Sometimes good news is good to be share to people. Some good news is better to keep.

However I tak dapat nak tahan to share this good news. So as this blog memang no one will read, I choose to announce it here. Hahahaha.

And the good news is.... Rayyan akan dapat adik next year yeay! 😍

But too early to let the people know yet I'm so excited.

Because I'm a risky mom, this time I will take a good care of myself for good. InshaAllah.

Baru balik from clinic sebab bleeding.. So bedrest lah nampaknya..

Semoga dipermudahkan. Amin.😘

Monday, June 3, 2019

Ramadhan 1440

Alhamdulillah.

Harini 29 Ramadhan. Bermakna tinggal sehari lagi puasa lepastu raya.

I can conclude that Ramadhan kali ni sangat bermakna. Aku dan suami sama-sama mengharapkan keberkatan Ramadhan. Semoga ini bukan Ramadhan terakhir untuk kami.

Sungguh, aku masih berusaha untuk mencantikkan amalan sebelum aku betul bersedia untuk bertemu Sang Pencipta.

Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terdetik di hati aku. Dan sungguh, aku percaya akan keajaiban doa. Allah juga Maha Mendengar.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.💞

Thursday, May 4, 2017

Siapa Aku

Ini bukan lagu. Tapi secebis realiti. Yang kadang-kadang aku pun tak tau siapa aku?
.
.
Maksud aku bukan hilang ingatan. Tapi bila kehidupan kau dah berubah, kau akan rasa kadang-kadang tak sempat nak kejar perubahan tu dari segi emosi, dan kemampuan fizikal. Jangan kata aku tak cuba. Kerana kau tak berada di tempat aku hari ini.

Susah nak faham? memang susah. Sebab ada waktu-waktu yang aku sendiri tak faham apa aku fikirkan. Yang aku mampu beritahu pada diri cuma "mungkin belum masanya"

Belum masanya untuk apa?
Macam-macam. Sebab aku jugak punya impian. Kalau pun impian tu aku tak mampu nak capai, at least aku jugak punya masalah. Dan mungkin belum masanya untuk aku mampu selesaikan.

Lately aku selalu mohon pada Dia. Walau aku pendosa, aku masih sedar aku hanya hamba. Makhluk Tuhan yang sempurna. Berdoa, Berusaha dan Bertawakkal. Aku percaya akan tiba masanya.

Keterbiasaan aku untuk simpan segala rasa ni lagi lah menyusahkan. Ibarat aku menulis untuk meluah. Tapi aku tau yang membaca pun tak tau apa yang aku nak luah. Sebab tak akan terluah dek kata-kata. Takkan terluah dengan airmata sekalipun. Yang aku mintak, doakan untuk aku kekal tabah.

Mujur aku ada suami dan anak penguat hati. Walau mereka pun tak faham apa aku lalui, kehidupan aku untuk bersama mereka. Sekurang-kurangnya aku kuat untuk mereka. Semoga aku tak terus dibuai masalah yang bertimpa-timpa. Dan semoga aku mampu kenal kembali "Siapa Aku" di alam realiti.

Gua tak larat.


Ikhlas,
Mama stress.



Wednesday, April 26, 2017

Yang Salah.

Hai. Tora datang lagi.

hahahahahaa

silap pulak.

Meh fokus apa aku nak cerita.
.
.
.
.
.
Semua orang pasti pernah buat salah. Tak kira salah tu kecik atau besar. Yang salah tetap salah. Apa yang membezakan tu sama ada kita ni mengaku salah atau tidak. Serik atau tidak. Berubah atau tidak.

Tak kisah siapa pun kau. Kita tak ada beza.

Ya, aku akui aku pun banyak buat salah dalam percaturan hidup. Besar dan kecik. pukul rata. Tapi itulah titik tolak setiap perubahan dalam hidup. Cara untuk aku perbaiki diri. Dan aku harap aku takkan ulang dah apa yang salah tu. Cumanya kesan dia sampai harini masih ada lagi. Sesetengah tu memberi masalah pun ada. Bersabarlah. Akan ada jalannya.

Dan korang yang lain. Belajarlah dari kesilapan. Be humble or you never know you are wrong.

Aku sekadar melepaskan amarah dalam hati. Bila ada orang dah buat salah masih rasa diri tu betul. Sorry, aku benci spesis ni.


Sekian mak dah marah.

Friday, December 2, 2016

Berkongsi Belum Tentu Untuk Difahami. Happy Birthday To Me!

Menulis itu satu kepuasan. Puas meluah apa kau rasa. Puas meluah apa yang tak terkata. Tak kira sedih atau gembira. Menulis cara terbaik untuk kau perlihatkannya. Bukan. Itu aku.

02 Disember 2016.
Dah cukup 28 tahun rupanya. Dah jadi isteri. Dah jadi mak. Walaupun keluarga kecil tapi bermakna. Masa berlalu pantas. Segala macam perkara yang berlaku tak mampu nak ditahan-tahan. Apa yang aku mampu cuma harungi semua tu dengan kesabaran dan keazaman semoga semuanya menjadi yang baik-baik saja.

Dan ternyata Allah Maha Mendengar rintihan hamba-Nya. Satu persatu perkara baik mula muncul walau pada asalnya seperti tiada yang pasti. Untuk itu, Alhamdulillah. (Walaupun baru lepas fail exam PTD hehe) Selagi kita mencari jalan untuk keluar dari kepompong kesusahan atau masalah, Dia sentiasa ada untuk kita. Mohonlah. Mintalah sebagai hamba. Yang penting jangan bongkak.

Terkadang apa yang kita inginkan bukanlah yang tebaik buat kita. Dia Maha Mengetahui. Dan apa yang pasti setiap ketentuan-Nya itulah yang terbaik buat kita. Jangan pertikai apa yang berlaku. Bersyukurlah. Percayalah. Langkah manusia tak selalunya tepat. Terkadang tersilap. Terkadang tersadung. Belajar jangan pernah berhenti. Usaha selagi mampu. Jangan menoleh melihat kekhilafan. Bimbang tak kuat dan terjatuh lagi. Jangan mendongak kejayaan. Bimbang membongkak dengan nikmat yang Dia beri. Bersederhanalah. Insha Allah, semua merasa rezeki walau berlainan cara. 

Terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan yang Engkau hadirkan. Walau belum cukup sempurna aku tak pernah berhenti mencari. Terima kasih hadirkan insan baru dalam hidup yang memberi seribu erti kegembiraan. Walau dengan seribu kepayahan, itulah kemanisan. Tak semua beruntung untuk merasa nikmat yang Kau berikan ini.

Menangis tanpa airmata itu biasa. Tak semua faham apa yang kita lalui. Tak semua nampak apa yang kita cuba lakukan. Apatah lagi yang kita SIMPAN. Tabahlah. Bersabarlah. Hidup itu dugaan. Kekal kuat. Demi orang-orang yang kita sayang. 

Salam 28 tahun. Aku. Berusaha walau diam. J

Thursday, December 1, 2016

My Little Hero.

1 October 2015

08.30 a.m - Pagi tu aku rasa sakit perut yang amat. Ada masa aku terdiam tak boleh gerak. Ada masa ok. Aku decide nak balik rumah mak. Mak mertua risau tengok aku nak drive kereta tapi aku degil nak balik jugak. Dalam hati mohon sampai laju-laju takut sakit time driving.

09.00 a.m - Sampai rumah mak aku rehat. Dalam hati rasa tak sedap. Satu hari aku terbaring. Tanya kawan-kawan kalau ada pengalaman sakit time mengandung.  Aku google carik apa yang buat aku sakit. Aku jumpa. False Contraction. huhuu seram. Tapi mostly kata x ada apa-apa. So aku bertahan jelah.

05.30 p.m - Sampai ke petang jugak la bertahan. Tunggu husband balik taknak kacau dia main futsal. Tapi akhirnya aku whatsapp jugak bagitau sakit sangat. Tak pernah-pernah mengadu macam tu. haha

07.45 p.m - Lepas maghrib husband terus bawak aku pegi hospital. Tengok mata dia mengantuk plus penat. Alahai tak sampai hati pulak. Doa dapat balik cepat. Tapi last-last pukul 9 malam jugak kitorang balik. Tu pun doktor kata aku tak apa-apa. Bagi ubat tahan sakit yang aku terus makan kat situ jugak sebab tak tahan sangat.

09.30 p.m - Balik rumah husband urut sikit-sikit nak bagi lega. Then siap sendawa ala-ala banyak angin rupanya. Bila dah ok sikit aku suruh dia tidur sebab esok nak kerja. And aku? aku tidur bilik lain sebab asik nak pergi toilet je kaedahnya. So aku tak nak la kacau dia nanti. Malam tu mak aku tak boleh tidur. dia ulang alik masuk bilik tengok aku xsenang baring. Sampai kali terakhir aku masuk toilet aku rasa sesuatu macam.. krekkkkkkk!!!! terus keluar tak berani lama-lama. Mak terus call nurse nak tanya tapi nurse suruh pegi hospital semula.

02 October 2015

00.40 a.m - Kakak and abang ipar aku nak temankan so okla.. Aku tak kejut husband sebab rasa macam its ok. Tak apa-apa pun. Dalam kereta mula aksi aku menendang-nendang macam kena rasuk.hahhahaha

01.15 a.m - Sampai je kaunter hospital,(tapi kali ni aku dengan wheelchair  tak boleh jalan dah) nurse tu baru cakap..laaaa ni bukan tadi dah datang ke?  aku terus jerit. "arrggghhh sakit!!!!"
hahaha kelam kelibut nurse tu suruh aku masuk bilik saringan.

Sampai dalam tu katil penuh, sian sorang kakak tu tengoh memboyot kena turun bagi laluan kat aku yang perut cenonet ni guna. kihkihkih...Then nurse kerumun ramai-ramai nak cek. Sekali sorang jerit. Ehhh i nampak bontot dia dah!!! see baby tak sabar nak keluar. Terus aku ditolak masuk be bilik bersalin. Tunggu doktor and tukar baju semua. Dalam hati risaunya nak bersalin. Lagi-lagi tadi tak sempat pun nak mintak maaf dengan mak dengan suami. fuhhhh....Then doktor sampai and setting segala semua. Aku rasa ada dalam 15 minit camtu aku meneran, keluar la si budak Rayyan pukul 01.48 a.m. hahahaa Aku tak sempat pegang doktor terus amik bagi bantuan oksigen sebab Rayyan lahir masa 26 minggu. so kecik. 900gram je.. aku dapat tengok dari katil tapi tak jelas sebab dak bukak cermin mata. huaaaa....... tapi masa tu terus rasa sakit tu hilang..

02.00 a.m - Kakak call husband bagitau aku dah bersalin. Terkejut dia terus bangun datang hospital. hihi sian dia tak dapat teman kat dalam tu. Tak apa, tunggu nombor dua. hahahahhahaa

Oklah tu je nak cerita. Pengalaman bersalin tak cukup bulan. Baru 6 bulan setengah. Mungkin sebab masa mengandung banyak makan fast food. So peringatan untuk ibu-ibu mengandung jugak, jaga pemakanan anda! :)

Nah, kat bawah ni ada gambar Rayyan masa lahir and lepas 3 bulan. Alhamdulillah, Rayyan membesar dengan sihat dan perkembangan yang sangat sempurna. Dia lah HERO saya!



Sekarang Rayyan dah setahun 2 bulan. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh!
xoxo! - fyzakariman. ibu beranak satu.

Tuesday, November 29, 2016

Mission Completed!

hahahaa.....
cakap je nak selalu update.
ni macam setahun sekali pulak dah.
memang susah nak consistent agaknya.
------------------------------------------------------------------

okay, to start again with Bismillahirrahmanirrahim

kali ni nak cerita benda baik.
dah lama nak buat tapi tak pernah berjaya.
tapi now Alhamdulillah,
i can say good bye to ice addiction.

nampak macam hal kecik.
tapi kalau boleh memudaratkan kesihatan, kenalah ubah.
yelah, dari dulu aku memang terkenal dgn 'hantu ais'
so bila boleh buang jauh-jauh tabiat tu macam excited pulak.

hantu nya dulu tu macam bila minum tak boleh tak ada ais.
bila lepas makan x minum x apa, janji boleh gigit ais
bila peti ais kat rumah penuh dengan ais.

sebenarnya memang target nak stop addiction tu before turn 30. hahahaha
tapi lepas bersalin dan berpantang x boleh minum ais
kat situlah mulanya aku dah terbiasa.
now kat rumah memang tak ada ais kecuali ada orang datang.

sekarang rasa lebih sihat tak ada sakit-sakit tulang bagai dah.
cuma sesekali tu minum la juga. bohong la tak minum langsung.
ok tu saja nak kongsi! happy!

xoxo!

fyza - agen Jamu Susuk Dara hahahahahahah





Tuesday, November 24, 2015

Second start.

How i miss to do this. Writing after three years. I found that it is not easy. Sebab macam-macam nak tulis tapi sometimes it just can't be share for all. Btw so many things changed in my life.. Up to this point, what can i say is... i am a wife.. also a mother.. Alhamdulillah everything are going fine.

Cumanya, ujian tetap ujian. Setiap perkara yang kita lalui, mungkin tak sama.. atau... takkan sama dengan apa yang orang lain lalui. Bersyukur itu perlu. setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Begitu juga aku. Untuk tiga tahun ni aku alami fasa yang sangat-sangat mencabar dan itu yang banyak mengajar aku. Hidup bukan perkara mudah. Sepertimana aku sentiasa mengingatkan diri sendiri. Kadangkala kita terpaksa terima 'apa untuk kita'.

Sebelum ni aku banyak cerita tentang ayah. sadly to say, he passed away on March 2013. And the most sad thing about it, we knew that he actually suffered from cancer only a day before his death. Al-Fatehah untuk arwah.

(take a few minute break to recall everything)

................
................
................

No..it takes hours and i still don't know how to write.. its okay.maybe later.. 

::Good things always take time. :)


xoxo.-fk

Sunday, August 5, 2012

di sebalik kekalahan DLCW

mari tambah-tambahkan lagi satu muatan.

sebenarnya tadi aku adalah yang tersangat tercabar kesabarannya. sebab senggugut aku menggila. macam amukan pocong gayanya.

aku tak tahulah nak cerita macam mana. tapi baru nak start game badminton,mak ajak pergi beli makanan. oleh sebab kereta yang ada cuma 2kereta manual, aku pilih kereta yang aku biasa lenjan. makanya walau hati dah rasa semacam, aku lenjan kan jugak,

sesudah selesai membeli, marilah pulang. belum sempat membelok di lampu isyarat, kereta mampos dengan bangganya. kepala otak lah. gua tengah sakit perut kau nak tersadai tepi jalan. akhirnya aku ikut perkembangan DLCW melalui twitter. kalau aku tgk tv mungkin dia boleh menang kot.hahahahhaaa

sayang seribu kali sayang, tak dapatlah baskin robbin free ya.huhuhuu
tapi apepun, DLCW sentiasa di hati rakyat Malaysia you are the hero. :)

broken surprise?

hello..
here we go. for another entry. to fill my free time when i'm alone.felt alone to be exact. mahahaa..
this entry was about last birthday celebration of my boy. sad its not went so well. but still ok and im happy for him.

the real plan was i will go to Shah Alam to surprise him. with a Chocolate indulgence as his favorite cake,so, with my besties there, we were plan everything. until my leave was NOT approved! the peak period of Auditing very stressful. busy with the jobs, i plan something else. better than nothing.

then i came out with the most simple thing. its only thing i have time to plan while working hours.lunch hours. no big deal. this is the thing for him.


then i work up to get the address for delivery. huhuu...seriously i know its not valuable. but what else i can do with the distance?

And, fortunately i can't be there. cause he has more appreciable thing- surprise party from his besties i guess. with the Chocolate Indulgence exactly the same i planned. so i can say he was so lucky. be loved by so many people.

 frust? honestly a bit yes. because i wish to be the best for him. unfortunately i'm just NOT. forever not.
so, happy 24th birthday with love. you always in my heart. :)

Saturday, July 14, 2012

muncul balik sesak otak.

setengah tahun sudah blog terbiar. terbiar sama seperti diri sendiri yang agak terbiar tanpa pengurusan rapi. pergi kerja muka plain tepek bedak compact (kalau ingat nak pakai) dengan mata sepet bibir kering. rupanya tak lah kental mana aku ni.hahaha..nothing interesting to update. sebabnya masih lagi tercari-cari jalan nak keluar dari kepompong yang menyesakkan otak sekotak. banyak perkara yang mengganggu. tapi InsyaAllah tiada yang mustahil. harapan setinggi gunung memang selalu buat aku rasa rendah. selagi tak tercapai apa yang aku hajatkan. maka korang silalah doakan untuk aku.ye...

nasihat aku untuk korang, jangan lah suka fikir jauh sangat.nanti merana diri. (baik nasihat diri sendiri). otak geliga pun susah.hahaha..

and now masa untuk bersama diari. babai korang.

Monday, February 27, 2012

otak belum kencang

dari sehari ke sehari niat tu memang ada. nak update blog bagi jangan suram. tapi entah. mungkin faktor masa. mungkin faktor kehidupan baru buat niat selalu tak tercapai. tapi gagah-gagahkan juga sementara mencari idea.

grad on time
tapi bila dapat keputusan tu macam tak rasa apa. yang bestnya sebab dah habis belajar. yang tak berapa nak bestnya sebab keputusan sangatlah mengecewakan. sebenarnya bukan sebab risau tak dapat kerja. i believe that kerja tu tak bergantung pun pada CGPA 100%. kalau dah rezeki mesti ada. kadang-kadang result yang tak gempak masa kerja lagi murah rezekinya. tu terpulang padaNya nak bagi rezeki kat siapa. cumanya kecewa tu sebab..teringin nak 1st class degree macam orang lain..and that's for my mom. and as for now, tak dapatlah aku nak convert kan pinjaman tu jadi biasiswa.hambik kau hutang bertimbun!
but still..Alhamdulillah.. :)

mari cari kerja.haa belum ada rezeki lagi. so sementara ada masa berehat ni, selalulah spent time with my besties. kalau tak,selalu je aku tak dapat nak join.sedih!
tapi oleh kerana otak belum kencang, tak dapatlah aku nak update pasal kitorang macam selalu.kemalasan juga boleh tahan jadi penyebab utama. lagi-lagi bab nak upload gambar. sumpah malas nak tunggu.
ok dah. ni kira supplement oksigen untuk blog buat sementara. ppfftt!
babai!


p/s: bila boyfriend jauh di mata, hati gundah tak terkata!!

Sunday, February 5, 2012

back to normal

janji tetap janji.
sudahnya aku menulis lagi.
kali ni dengan semangat baru
Alhamdulillah..
janji Allah SWT  "sabar itu bahagia".
kuat itu datang dariNya. :)

i took a few months to heal.
to correct all the mistakes.
to be happy like others.

and nothing much to share. sebabnya macam no need to. heheh. apapun yang penting everything settled. and i just wanna delete some bad memories in my love stories. and i believe i can. redha tu ikhlas. jadi tak perlu nak diungkitkan. hanya jadikan sebagai pengajaran. yang tahu hanya aku dia dan Allah SWT.

setiap yang berlaku ada hikmah. cuma kita yang perlu muhasabah diri. lihat pada kehidupan. yang silap diperbetulkan.bukan memberi alasan.kerana silap itu tetap silap.its a learning process of life.

exam dah lepas. yang lepas tu lepas. kalau bukan rezeki tetap bukan. jadi macam taknak mengharap cemerlang sangat.nanti sedih pulak.hahah. dah usaha kan. sekarang tawakal! :)

now is time for "job hunting".mana ada lubang silalah kongsi. 

p/s: trauma tetap trauma! :p

    










Sunday, December 4, 2011

Happy Birthday Special Post.

Menulis itu satu kepuasan. Puas meluah apa kau rasa. Puas meluah apa yang tak terkata. Tak kira sedih atau gembira. Menulis cara terbaik untuk kau perlihatkannya. Tak. Itu aku.
Hari ni. 2 Disember 2016. Dah cukup 28 tahun rupanya. Dah jadi isteri. Dah jadi mak. Keluarga kecil tapi bermakna. Masa berlalu pantas. Segala macam perkara yang berlaku tak mampu nak ditahan-tahan. Apa yang aku mampu cuma harungi semua tu dengan kesabaran dan keazaman semoga semua menjadi yang baik-baik saja.
Dan ternyata Allah Maha Mendengar rintihan hamba-Nya. Satu persatu perkara baik mula muncul walau pada asalnya sepeti tiada yang pasti. Untuk itu, Alhamdulillah. Selagi kita mencari jalan untuk keluar dari kepompong kesusahan atau masalah, Dia sentiasa ada untuk kita. Mohonlah. Mintalah sebagai hamba. Yang penting jangan bongkak.
Terkadang apa yang kita inginkan bukanlah yang tebaik buat kita. Dia Maha Mengetahui. Dan apa yang pasti setiap ketentuan-Nya itulah yang terbaik buat kita. Jangan pertikai apa yang berlaku. Bersyukurlah. Percayalah. Langkah manusia tak selalunya tepat. Terkadang tersilap. Terkadang tersadung. Belajar jangan pernah berhenti. Usaha selagi mampu. Jangan menoleh melihat kekhilafan. Bimbang tak kuat terjatuh lagi. Jangan mendongak kejayaan. Bimbang bongkak dengan nikmat-Nya. Bersederhanalah. Insha Allah, semua merasa rezeki walau berlainan cara.
Terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan yang Engkau hadirkan. Walau belum cukup sempurna aku tak pernah menyerah kalah. Terima kasih dengan hadirnya insan baru dalam hidup yang memberi seribu erti kegembiraan. Walau dengan seribu kepayahan, itulah kemanisan. Tak semua beruntung untuk merasa nikmat yang Kau berikan ini.
Menangis tanpa airmata itu biasa. Tak semua faham apa yang kita lalui. Tak semua nampak apa yang kita cuba lakukan. Apatah lagi yang kita SIMPAN. Tabahlah. Bersabarlah. Hidup itu dugaan. Kekal kuat. Demi orang-orang yang kita sayang.
Salam 28 tahun. Aku. Berusaha dalam diam. J



the sweetness of us :)

pn saliha

cik amy amira

cik shahrul huda

cik hafizah


hahahaha..tu lah kalau duduk jauh-jauh.nak bergambar pun payah! sayang korang muuahh!! see you next month! InsyaAllah...

Sunday, November 27, 2011

hijrah

alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan hari ini untuk terus bernafas. cuma bezanya aku mengakhiri tahun lepas dengan airmata bertitik-titik, takpe. makanya azam kita untuk tahun baru ni untuk jadi lebih kuat dari semalam.hehehh...

semalam sebelum tidur dapat muhasabah diri sekejap. tiba-tiba rasa diri jadi kuat. kalau dulu erti kuat itu keras. tahun ni insyaAllah tidak.kerana kerasnya dulu pada hati. tak berbaloi. mari kita kuatkan rohani.hmmm...

bismillahirahmannirrahim,.kita buka lembaran baru.semoga dirahmati olehNya..aminn...

target: biasiswa PTPTN!usaha selagi mampu. :))

Saturday, November 26, 2011

wake me up

my mum always be my motivator.
my strength is on my boyfie
when i lost one of it
i just like unbalance sheet..

theoretically not.. practically almost.
i have to wake up
for myself


go go go fyza!!
get your focus!!

Bismillahirrahmannirrahim.......
i'll be back soon with the new spirit
InsyaAllah...
:))

Friday, September 16, 2011

sekitar perayaan..

this is dua minggu berhari raya sebulan tak bercerita. i wish i still have readers. and sorry for a long break due to lack of time and internet as well. nothing much to say because of my short term memory problem.huhu.. within 1 month i may have a lot of things to share but now i really cannot think of any.hahaa.. just to share some which stay and flying in my mind.

end of last ramadhan was so memorable for me. my siblings and i were together repainted our home. spent much times together was really relaxing me even it absorbed my whole energy. doesn't matter as long as im happy.

this Eid is different from last year. i really had a great time. with family and even friends. but, i dont have any pictures with my family cause they were so busy. and so i.

this Eid is also maybe the last celebration with my bffs. Le'o will get marry soon. so..hhmmm...next year it will be only three of us. me,combi and amy. and as for my Segamation friends, i hopes we can celebrate together for the next next and next year.huhu...love till the end..and love will never ends.

so, enjoy some of pictures taken during the Eid. but, just a few cause i really got no time!


the most gorgeous pic sebab macam bercahaya gitu.aha
on the way nak beraya rumah bekas cikgu kami
amy's house
amy's room

jelitawan.

 kawan-kawan uitm Segamat punya turn pulak::
on the way to Batu Pahat
rumah masrija
belakang: dijah & erny
tengah: akulah tu
depan: fana & masrija

kepochi kuasa 12



rumah erny
artis tambahan: cik ju di tengah + baby & koko di belakang.



rumah kilabee
spacial thanks to cik ju, mak masrija, makcik eta and mak kila yang masak sedap-sedap. jumpa tahun depan. and double special thanks to dijah sebab sediakan air masak..hahahahaha!!!

almost 1week i have been in Shah Alam.i already miss my home, family and friends. but i really hopes that i can have a great time this semester.because life is not about anything to regret! just enjoy it!
xoxo!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

sementara menaip, mata kujeling-jelingkan. tu...nampak tak tu....mangkuk tu berisi mihun goreng sedap air tangan ibu tersayang. hari pertama puasa memang menguji kesabaran. nasib baik dua minggu lepas aku ganti puasa seminggu. dapatlah train diri ini dari lapar dan dahaga.Alhamdulillah tak meneguk air sebelum masa. hehehe

ok lah,
selamat berpuasa dan berbuka semua..