Friday, December 2, 2016

Berkongsi Belum Tentu Untuk Difahami. Happy Birthday To Me!

Menulis itu satu kepuasan. Puas meluah apa kau rasa. Puas meluah apa yang tak terkata. Tak kira sedih atau gembira. Menulis cara terbaik untuk kau perlihatkannya. Bukan. Itu aku.

02 Disember 2016.
Dah cukup 28 tahun rupanya. Dah jadi isteri. Dah jadi mak. Walaupun keluarga kecil tapi bermakna. Masa berlalu pantas. Segala macam perkara yang berlaku tak mampu nak ditahan-tahan. Apa yang aku mampu cuma harungi semua tu dengan kesabaran dan keazaman semoga semuanya menjadi yang baik-baik saja.

Dan ternyata Allah Maha Mendengar rintihan hamba-Nya. Satu persatu perkara baik mula muncul walau pada asalnya seperti tiada yang pasti. Untuk itu, Alhamdulillah. (Walaupun baru lepas fail exam PTD hehe) Selagi kita mencari jalan untuk keluar dari kepompong kesusahan atau masalah, Dia sentiasa ada untuk kita. Mohonlah. Mintalah sebagai hamba. Yang penting jangan bongkak.

Terkadang apa yang kita inginkan bukanlah yang tebaik buat kita. Dia Maha Mengetahui. Dan apa yang pasti setiap ketentuan-Nya itulah yang terbaik buat kita. Jangan pertikai apa yang berlaku. Bersyukurlah. Percayalah. Langkah manusia tak selalunya tepat. Terkadang tersilap. Terkadang tersadung. Belajar jangan pernah berhenti. Usaha selagi mampu. Jangan menoleh melihat kekhilafan. Bimbang tak kuat dan terjatuh lagi. Jangan mendongak kejayaan. Bimbang membongkak dengan nikmat yang Dia beri. Bersederhanalah. Insha Allah, semua merasa rezeki walau berlainan cara. 

Terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan yang Engkau hadirkan. Walau belum cukup sempurna aku tak pernah berhenti mencari. Terima kasih hadirkan insan baru dalam hidup yang memberi seribu erti kegembiraan. Walau dengan seribu kepayahan, itulah kemanisan. Tak semua beruntung untuk merasa nikmat yang Kau berikan ini.

Menangis tanpa airmata itu biasa. Tak semua faham apa yang kita lalui. Tak semua nampak apa yang kita cuba lakukan. Apatah lagi yang kita SIMPAN. Tabahlah. Bersabarlah. Hidup itu dugaan. Kekal kuat. Demi orang-orang yang kita sayang. 

Salam 28 tahun. Aku. Berusaha walau diam. J

No comments:

Post a Comment