Thursday, May 4, 2017

Siapa Aku

Ini bukan lagu. Tapi secebis realiti. Yang kadang-kadang aku pun tak tau siapa aku?
.
.
Maksud aku bukan hilang ingatan. Tapi bila kehidupan kau dah berubah, kau akan rasa kadang-kadang tak sempat nak kejar perubahan tu dari segi emosi, dan kemampuan fizikal. Jangan kata aku tak cuba. Kerana kau tak berada di tempat aku hari ini.

Susah nak faham? memang susah. Sebab ada waktu-waktu yang aku sendiri tak faham apa aku fikirkan. Yang aku mampu beritahu pada diri cuma "mungkin belum masanya"

Belum masanya untuk apa?
Macam-macam. Sebab aku jugak punya impian. Kalau pun impian tu aku tak mampu nak capai, at least aku jugak punya masalah. Dan mungkin belum masanya untuk aku mampu selesaikan.

Lately aku selalu mohon pada Dia. Walau aku pendosa, aku masih sedar aku hanya hamba. Makhluk Tuhan yang sempurna. Berdoa, Berusaha dan Bertawakkal. Aku percaya akan tiba masanya.

Keterbiasaan aku untuk simpan segala rasa ni lagi lah menyusahkan. Ibarat aku menulis untuk meluah. Tapi aku tau yang membaca pun tak tau apa yang aku nak luah. Sebab tak akan terluah dek kata-kata. Takkan terluah dengan airmata sekalipun. Yang aku mintak, doakan untuk aku kekal tabah.

Mujur aku ada suami dan anak penguat hati. Walau mereka pun tak faham apa aku lalui, kehidupan aku untuk bersama mereka. Sekurang-kurangnya aku kuat untuk mereka. Semoga aku tak terus dibuai masalah yang bertimpa-timpa. Dan semoga aku mampu kenal kembali "Siapa Aku" di alam realiti.

Gua tak larat.


Ikhlas,
Mama stress.



No comments:

Post a Comment