pembohongan itu
penipuan itu
pernah kau ciptakan..
ternyatanya
ia hampir meragut
SETIAP kejayaan yang aku lakar
gigih!
nasib aku tak tergelincir
dek minyak yang kau curah
pada jalan yang aku lalu
aku berjaya
syukur...
tapi kau lupa
yang kau telah lakukan
kerana bagi kau
silap itu
sekecil zarah cuma
padahal
kau membabit-babit
maruah dan emosi...
jiwa..segala yang aku punya.
aku terima
walau kau mewujudkan
satu IDENTITI baru
hanya untuk satu misi busuk kau.
itu peluang kedua
aku dah pun maafkan
hari ini
satu lagi muncul identiti
entah mana kebenaran
aku tak pasti
tapi aku sabar
andai itu kebenarannya
aku harap kau tak mudah terjerat
tapi andai itu pembohongan kau
untuk kita yang pastinya
itu yang kau akan kata
aku harap tidak
sebab walau misinya berbeza
kesannya tetap sama
sama seperti yang kau pernah cipta
satu detik dulu.
dan
bakal membunuh setiap kepercayaan yang ada..
dan seiring dengannya..
p/s: untuk kau..siapa kau?
kau-kau terlalu banyak
kau pilihlah sendiri mana entry untuk kau
siapa makan cili pedas terasa
No comments:
Post a Comment