Tuesday, May 31, 2011

cermin mata dah baru.=p


 only for RM99.(promotion price)
hehe..ok lah kan.dapat juga yang baru.
yang lama dah calar-balar.-_-

p/s:lens saya minggu depan baru siap!lamanya..alahai..

Sunday, May 29, 2011

misunderstanding.

"bapak dal meninggal"

it was the message's content.actually.
tak sampai 15minit, semua handphone berbunyi. baik aku punya, kakak-kakak aku and also abang aku.
tu ok lagi.

abang aku tengah drive bawa teksi hantar orang, ada orang call.
"ko kat mane?umah dekat mane?aku nak datang ni"
dengan perasaan pelik abang aku jawabkan jugak. "kat angsana lah,hantar orang ni.."
si pemanggil pun marah "bapak ko meninggal, ko sempat hantar orang???"
lah sudah.....

see??kan ke lagi laju dari internet tu namanya..huhuu...

sebenarnya it just a misunderstanding.. yang meninggal bapaknye Si Dal. bapak saya masih panjang umurnya.Alhamdulillah...

ceritanya pasal abang aku ada kawan namanya Dal. bapak nya meninggal haritu. dia pun inform kawan-kawan lain via message. alkisah mungkin huruf 'L' disangka 'H', 'dal' disangka 'dah'.
heboh satu kampung berita gempar. sampai aku kat ofis pun cik combi call nak mengesahkan.sampai ada yang dah siap nak melawat datang ke rumah.. tapi tu lah..tak boleh nak menyalahkan sesiapa...ayah aku pun memang tengah sakit.. jadi,tak ada persoalan yang timbul kalau orang dapat berita tu..and it just misunderstanding..tak disengajakan..=)

mari sama-sama doakan ayah cepat sembuh ya...and semoga panjang umurnya..Amin..

Thursday, May 26, 2011

nora elena*

aku bukan kaki drama.kaki tv.kaki wayang tu mungkin lah.tapi bila ada duit timbun-timbun..but this time aku nak share satu drama yang tengah hot kat tv. bukan Sahara (dah habis semalam) bukan Asmara 2. tapi :
best lah rupanya melayan drama tv ni..baru aku tahu..hahaha..the sinopsys boleh google sendiri sebab aku pun tengok lompong-lompong sebab selalu busy.(tengah maghrib lah)
 and teraju utama cerita ni :

Siti Saleha + Aaron Aziz
it was a novel adaptation. but i am not sure which novel it is.Siti as Nora Elena and Aaron as Seth Tan(macam setan pulak dah.). mereka kahwin sebab terpaksa tapi Seth serius cintakan Elena. And episod semalam tengok masa Maria (Miera Liyana) nak balik Australia, Seth pegang bahu Nora, konon-konon nak tunjuk kat Maria yang diorang memang loving couple. Fuuhhhh..aku yang mengelamun...indahnya dunia....memang takde istilah paksa-paksa lah..hihi..gagah seh..awesome!!

before this taklah minat Aaron sangat.sebab Singaporean selalu guna bahasa baku. tapi Aaaron buat aku kagum sekaligus buat aku nak mimpi dia.hahahahaa.

the way he spoke..the way he stared.tak tipulah. aku senyum sorang-sorang semalam.eheh!
khayalan dunia...dunia oh dunia..

nah,tengok ni lah ciptaan indah :

p/s: tak sabar nak balik nak tengok today's episode! babai!=)


Tuesday, May 24, 2011

the poyo of love. *i think*

mengideakan sesuatu untuk ditulis itu payah. lebih-lebih lagi tentang apa yang orang benci untuk ambil peduli. atau lebih senang kalau aku kata orang mudah terasa hati. tapi kadang-kadang bukan niat. cuma sekadar pendapat. aku yang tak punya hati selembut sutera lagi senang rimas dengan perkara-perkara mengarut di sekeliling.huh!

perkara senang. remeh.
tapi mungkin itu kekuatan cinta orang. cinta setia.merajuk dan memujuk itu perkara biasa.
alah, yang itu aku terimalah. tapi tolong jangan mengada-adakan yang tak ada. motif? tarik perhatian? beri perhatian? entah. bosan.huhu.

jujur? is it the motive? i don't think so...=)
perlu ke?

sebenarnye aku perkatakan pasal apa?
----pasal gedik nak bagitahu boyfriend, 'eh, ada orang ngurat i lah tadi.' 'dia jeling nak kenal ngan i' 'dia bagi i bunga and say i love u' ahah!
apesal tak bagi lagi gempak? cakaplah ada orang masuk minang!

ok-ok...kalau seriously that thing happen, masih lah boleh otak aku nak terima. even though aku pun tak cerita benda-benda tu walau ada sekalipun.kecuali lah encik boyfie baca this entry. but i don't think so. =)

entah pasal apa sebab apa aku tiba-tiba emo pasal ni. tapi serius memang macam sedikit annoy bila tengok orang macam tu. nak bagi boyfriend panas hati dan rasa tercabar bila ada saingan? eceh, WTH LOL!
or you just nak boyfriend rasa how lucky he is bila you pilih dia even ada orang lain yang mencelah? lagi menyampah. or nak suruh boyfriend pujuk rayu jangan kau tinggalkan daku...alahai...soooo sweeett....yeke?

benda tak ada jangan canang-canang lah.
do not flatter yourself!

p/s: is about no one.

sorry if i hurt you;*_*

Sunday, May 22, 2011

salleh malu kucing.

becakap beborak bukan main gah.jumpa sekali pun tak pernah. tup-tup semalam hati tergerak nak hantar message. "oi-oi kau kat mana ha?" ceh! sekali dekat hospital yang sama. masing-masing ayah's matter. so, we met up lah kejap sementara tunggu ayahnya dapatkan rawatan.

sekali sampai, muka tak boleh blah. nampak sangat control perasaan gemuruh. macam aku artis popular.hahaha..sengal oh salleh sengal. walau kau tak cakap, muka kau yang tak mandi dah cerita.ngeee...


p/s : salleh is kawan of my kawan. tapi aku buat perangai gonjeng aje. kesian dia malu-malu.hahah!

Wednesday, May 18, 2011

ubah mana yang patut.

kehidupan dan kejadian adalah dua perkara yang berbeza. kehidupan yang mana kau perlu usaha untuk di ubah.sedangkan kejadian adalah satu perkara yang kau harus terima.

atau kau mampu ubah kejadian?silakan.
sedangkan kau bukan Tuhan.
=)

Monday, May 16, 2011

langit tak selalunya cerah!

pagi-pagi aku tengok matahari bersinar bercahaya naik.lari-lari anak ke dalam rumah sebelum orang datang menjemput. sepantas kilat aku ambil baju-baju untuk disidai. termasuk yang semalam dah nak kering pun aku balun sidai jugak..nak kering sampai garing. baru syok nak lipat. *kejadahnye entah*.

ok siap. boleh pergi kerja dengan senang hati. tup tup pukul 1 kakak ku telefon dari ofis, "ko jemur baju ke? hujanlah!!!"


ok..rumah tak ada orang.pergi angkat diri sendiri ye baju-baju. -_-

p/s: baik-baik dah nak kering,balik ni kenalah basuh semula.hahaha..tu lah..kan dah cakap jangan tamak... (ada kena mengena tak?)

Sunday, May 15, 2011

jangan busuk hati.

orang selalu cakap, melayu suka menjatuhkan melayu.busuk hati. tak boleh tengok orang senang.tak boleh tengok orang lebih.bila ada kekurangan pada orang lain, mulalah nak di canang. kalau bantu kan lagi baik..sama-sama maju, pahala pun dapat...tapi pemikiran sekarang tak boleh pakai.masing-masing tunjuk bagus.ada takda mesti nak lebih dari orang lain.tak dapat lebih tu yang cari kurangnya orang lain.asalkan dia sentiasa berada kat atas.lebih dari semua aspek.betul?

kalau tak betul, kenapa kita sebagai melayu tak cuba ubah pemikiran macam tu?tak cuba buka mata dunia yang melayu sentiasa bersatu?eceh..

padahal nak cakap, after three weeks kejadian menimpa, aku guna handphone lama. dah basuh.dah tayammum segala harap suci dari segala kotoran. yang pandang rendah dan hina, sila sucikan hati anda. mungkin awak-awak ada handphone canggih yang ada macam-macam software. yang sekali rosak atau hilang tak perlu berair mata sebab boleh dapat yang baru. yang lagi canggih.yang lagi mahal. tapi awak-awak tak berhak untuk merasa jijik dengan handphone saya..unless...awak bagi duit untuk saya beli handphone baru. -_-

sebab aku memang tak mampu. tapi, aku takde hal. as long as handphone tu hidup dan still boleh guna, makna nya ok lah tu.sekian, terima kasih.:))


p/s: tengah menaip tiba-tiba manager audit datang kat sebelah cakap " moral of the story hati jangan busuk". terkesima aku. rupanya dia cakap pasal ex-tax manager yang busuk hati nak jatuhkan company ni. sampai hati kan? tu lah melayu yang betul-betul jatuhkan melayu.ciss!! memalukan. tak sedar kubur kata mari! selamat bertaubat ye makcik! -_-

Wednesday, May 11, 2011

all about how you think!

it shouldn't be too perfect.
otherwise, people become arrogant and forget to thanks God.
it is a LIFE

life should be easy. unless you make it complicated. jangan perbodohkan diri sendiri. Tuhan beri kelebihan akal untuk berfikir dengan bijak. tapi sayang, bila terlalu bijak,manusia malas untuk berfikir. dan atas sebab itu, kesederhanaan adalah kesempurnaan.

aku berfikir panjang untuk menghasilkan entry yang aku sendiri tak tahu kenapa. mungkin aku hanya mengikut ketetapan yang tersedia. tak berdegil untuk membuat sesuatu yang di luar rancangan-Nya. bukan seperti sesetengah khalifah bumi yang tamak.usaha itu bagus.tapi untuk sesuatu yang kau tahu ia tak berbaloi, kaulah manusia paling bodoh menggunakan otak.

maaf.

people may say that I'm having a good life.in other word, 'happy'.. but have you ever think how it could be?definitely it was begun with something bad. seriously.

last time, i was the one who cares almost about everything. love, family, friends and every single thing. at the end, I've got nothing. is it beneficial? not at all. I'm giving full of my heart to what i love and now i lost the trust to others!

but still...thanks.

and the difficulties are like my wake up call. to refresh all the thing in my life. and to survive! aimed only on a good thing for myself.

yang perit itu juga yang membuat aku kuat.dan sentiasa berpegang pada pencarian bahagia itu atas diri sendiri. jangan malas berfikir.


pilihan

pilihan pasti satu perkara yang terbaik.jika tidak kenapa kita pilih?atau mungkin kita silap? tak,orang bijak takkan silap. tapi misal kata silap itu tetap silap, kita masih ada akal untuk tetap jadikan pilihan itu yang terbaik. positive thinking.setiap pilihan mesti ada opportunity cost. dan aku ulang lagi sekali.jangan tamak.
*kau ada segalanya,bersyukur*

bukan aku tak pernah untuk berfikir hal itu. tapi buang masa. siapa kita untuk menyakiti hati sendiri? siapa kita untuk kejami hidup yang ada warna-warni?have you ever heard this quote " life is short".
jadi fikirlah...


p/s:sepanjang hidup aku belajar untuk berlaku adil.

Monday, May 9, 2011

senang je nak buat ton warna..

orang kata kalau kita ni left-handed kita ni kreatif! betul ke?
-
-
tapi aku SANGAT tak pandai mewarna. lebih-lebih lagi bila nak guna 'water-colour'. (confession yang memalukan untuk orang perempuan)
pernah satu masa, tingkatan berapa aku dah tak ingat, yang aku ingat after 2hours kelas pendidikan seni, hasil yang aku dapat : sekeping kertas warna yang berlubang dan berambu-rambu akibat penggunaan water-colour. nak salahkan kertas tu yang nipis, aku tengok orang lain punya cantik je..-_-

jadi,untuk entry kali ini aku nak bagitau semua yang aku memang left-handed yang kreatif sebab dah berjaya menghasilkan ton warna yang sangat cantik..nak tau apa yang aku buat?
senang je;
1) dah cerita dekat sini.
2) semalam pergi lagi sekali dengan baju lengan pendek pulak...

taraaaa.....
-
-
-
-
-
-
-warna lengan saya sangat cantik sampai tak tergamak nak upload gambar! *______*

Friday, May 6, 2011

queen of my heart~

dia simpan segala kesakitan
dia simpan segala kepahitan
dan jika setitik airmatanya gugur
aku tahu dia dah tak tertanggung.
pengorbanannya tak terbalas
walau selautan emas!

she's everything to me!
i love her more than myself!
and i can't live without her..

~H.A.P.P.Y-M.O.T.H.E.R'S-D.A.Y~

p/s:segalanya untukmu!

Tuesday, May 3, 2011

its her day! :))

walaupun kami tak ditempatkan sebilik masa belajar dekat Segamat,dia tetap teman sekatil.dia teman sebantal.dia teman sepinggan.dia teman belajar saya. teman berjanji untuk sama-sama berjaya.teman susah senang.teman sedih dan gembira.dan walaupun dia ibarat pembaris yang lurus (dulu),dia tetap bestfriend saya!walaupun saya selalu dajalkan dia,saya tetap sayang dia! :))
nadiana adami~

bersama kawan-kawan UITM Segamat~

semoga kekal lah ye..aku doakan yang baik-baik aje..:))

dan sekarang masing-masing punya haluan sendiri.tapi our friendship will never ends...
InsyaAllah...


 S.E.L.A.M.A.T- B.E.R.T.U.N.A.N.G

 nadiana & kamarul


p/s: dah tak boleh nak jadi rakan seperjuangan yang dulu kata nak sama-sama belajar tinggi-tinggi dekat tingkat 14 menara SAAS UITM Shah Alam! :((