Ini bukan lagu. Tapi secebis realiti. Yang kadang-kadang aku pun tak tau siapa aku?
.
.
Maksud aku bukan hilang ingatan. Tapi bila kehidupan kau dah berubah, kau akan rasa kadang-kadang tak sempat nak kejar perubahan tu dari segi emosi, dan kemampuan fizikal. Jangan kata aku tak cuba. Kerana kau tak berada di tempat aku hari ini.
Susah nak faham? memang susah. Sebab ada waktu-waktu yang aku sendiri tak faham apa aku fikirkan. Yang aku mampu beritahu pada diri cuma "mungkin belum masanya"
Belum masanya untuk apa?
Macam-macam. Sebab aku jugak punya impian. Kalau pun impian tu aku tak mampu nak capai, at least aku jugak punya masalah. Dan mungkin belum masanya untuk aku mampu selesaikan.
Lately aku selalu mohon pada Dia. Walau aku pendosa, aku masih sedar aku hanya hamba. Makhluk Tuhan yang sempurna. Berdoa, Berusaha dan Bertawakkal. Aku percaya akan tiba masanya.
Keterbiasaan aku untuk simpan segala rasa ni lagi lah menyusahkan. Ibarat aku menulis untuk meluah. Tapi aku tau yang membaca pun tak tau apa yang aku nak luah. Sebab tak akan terluah dek kata-kata. Takkan terluah dengan airmata sekalipun. Yang aku mintak, doakan untuk aku kekal tabah.
Mujur aku ada suami dan anak penguat hati. Walau mereka pun tak faham apa aku lalui, kehidupan aku untuk bersama mereka. Sekurang-kurangnya aku kuat untuk mereka. Semoga aku tak terus dibuai masalah yang bertimpa-timpa. Dan semoga aku mampu kenal kembali "Siapa Aku" di alam realiti.
Gua tak larat.
Ikhlas,
Mama stress.
Thursday, May 4, 2017
Wednesday, April 26, 2017
Yang Salah.
Hai. Tora datang lagi.
hahahahahaa
silap pulak.
Meh fokus apa aku nak cerita.
.
.
.
.
.
Semua orang pasti pernah buat salah. Tak kira salah tu kecik atau besar. Yang salah tetap salah. Apa yang membezakan tu sama ada kita ni mengaku salah atau tidak. Serik atau tidak. Berubah atau tidak.
Tak kisah siapa pun kau. Kita tak ada beza.
Ya, aku akui aku pun banyak buat salah dalam percaturan hidup. Besar dan kecik. pukul rata. Tapi itulah titik tolak setiap perubahan dalam hidup. Cara untuk aku perbaiki diri. Dan aku harap aku takkan ulang dah apa yang salah tu. Cumanya kesan dia sampai harini masih ada lagi. Sesetengah tu memberi masalah pun ada. Bersabarlah. Akan ada jalannya.
Dan korang yang lain. Belajarlah dari kesilapan. Be humble or you never know you are wrong.
Aku sekadar melepaskan amarah dalam hati. Bila ada orang dah buat salah masih rasa diri tu betul. Sorry, aku benci spesis ni.
Sekian mak dah marah.

Subscribe to:
Posts (Atom)