Friday, December 2, 2016

Berkongsi Belum Tentu Untuk Difahami. Happy Birthday To Me!

Menulis itu satu kepuasan. Puas meluah apa kau rasa. Puas meluah apa yang tak terkata. Tak kira sedih atau gembira. Menulis cara terbaik untuk kau perlihatkannya. Bukan. Itu aku.

02 Disember 2016.
Dah cukup 28 tahun rupanya. Dah jadi isteri. Dah jadi mak. Walaupun keluarga kecil tapi bermakna. Masa berlalu pantas. Segala macam perkara yang berlaku tak mampu nak ditahan-tahan. Apa yang aku mampu cuma harungi semua tu dengan kesabaran dan keazaman semoga semuanya menjadi yang baik-baik saja.

Dan ternyata Allah Maha Mendengar rintihan hamba-Nya. Satu persatu perkara baik mula muncul walau pada asalnya seperti tiada yang pasti. Untuk itu, Alhamdulillah. (Walaupun baru lepas fail exam PTD hehe) Selagi kita mencari jalan untuk keluar dari kepompong kesusahan atau masalah, Dia sentiasa ada untuk kita. Mohonlah. Mintalah sebagai hamba. Yang penting jangan bongkak.

Terkadang apa yang kita inginkan bukanlah yang tebaik buat kita. Dia Maha Mengetahui. Dan apa yang pasti setiap ketentuan-Nya itulah yang terbaik buat kita. Jangan pertikai apa yang berlaku. Bersyukurlah. Percayalah. Langkah manusia tak selalunya tepat. Terkadang tersilap. Terkadang tersadung. Belajar jangan pernah berhenti. Usaha selagi mampu. Jangan menoleh melihat kekhilafan. Bimbang tak kuat dan terjatuh lagi. Jangan mendongak kejayaan. Bimbang membongkak dengan nikmat yang Dia beri. Bersederhanalah. Insha Allah, semua merasa rezeki walau berlainan cara. 

Terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan yang Engkau hadirkan. Walau belum cukup sempurna aku tak pernah berhenti mencari. Terima kasih hadirkan insan baru dalam hidup yang memberi seribu erti kegembiraan. Walau dengan seribu kepayahan, itulah kemanisan. Tak semua beruntung untuk merasa nikmat yang Kau berikan ini.

Menangis tanpa airmata itu biasa. Tak semua faham apa yang kita lalui. Tak semua nampak apa yang kita cuba lakukan. Apatah lagi yang kita SIMPAN. Tabahlah. Bersabarlah. Hidup itu dugaan. Kekal kuat. Demi orang-orang yang kita sayang. 

Salam 28 tahun. Aku. Berusaha walau diam. J

Thursday, December 1, 2016

My Little Hero.

1 October 2015

08.30 a.m - Pagi tu aku rasa sakit perut yang amat. Ada masa aku terdiam tak boleh gerak. Ada masa ok. Aku decide nak balik rumah mak. Mak mertua risau tengok aku nak drive kereta tapi aku degil nak balik jugak. Dalam hati mohon sampai laju-laju takut sakit time driving.

09.00 a.m - Sampai rumah mak aku rehat. Dalam hati rasa tak sedap. Satu hari aku terbaring. Tanya kawan-kawan kalau ada pengalaman sakit time mengandung.  Aku google carik apa yang buat aku sakit. Aku jumpa. False Contraction. huhuu seram. Tapi mostly kata x ada apa-apa. So aku bertahan jelah.

05.30 p.m - Sampai ke petang jugak la bertahan. Tunggu husband balik taknak kacau dia main futsal. Tapi akhirnya aku whatsapp jugak bagitau sakit sangat. Tak pernah-pernah mengadu macam tu. haha

07.45 p.m - Lepas maghrib husband terus bawak aku pegi hospital. Tengok mata dia mengantuk plus penat. Alahai tak sampai hati pulak. Doa dapat balik cepat. Tapi last-last pukul 9 malam jugak kitorang balik. Tu pun doktor kata aku tak apa-apa. Bagi ubat tahan sakit yang aku terus makan kat situ jugak sebab tak tahan sangat.

09.30 p.m - Balik rumah husband urut sikit-sikit nak bagi lega. Then siap sendawa ala-ala banyak angin rupanya. Bila dah ok sikit aku suruh dia tidur sebab esok nak kerja. And aku? aku tidur bilik lain sebab asik nak pergi toilet je kaedahnya. So aku tak nak la kacau dia nanti. Malam tu mak aku tak boleh tidur. dia ulang alik masuk bilik tengok aku xsenang baring. Sampai kali terakhir aku masuk toilet aku rasa sesuatu macam.. krekkkkkkk!!!! terus keluar tak berani lama-lama. Mak terus call nurse nak tanya tapi nurse suruh pegi hospital semula.

02 October 2015

00.40 a.m - Kakak and abang ipar aku nak temankan so okla.. Aku tak kejut husband sebab rasa macam its ok. Tak apa-apa pun. Dalam kereta mula aksi aku menendang-nendang macam kena rasuk.hahhahaha

01.15 a.m - Sampai je kaunter hospital,(tapi kali ni aku dengan wheelchair  tak boleh jalan dah) nurse tu baru cakap..laaaa ni bukan tadi dah datang ke?  aku terus jerit. "arrggghhh sakit!!!!"
hahaha kelam kelibut nurse tu suruh aku masuk bilik saringan.

Sampai dalam tu katil penuh, sian sorang kakak tu tengoh memboyot kena turun bagi laluan kat aku yang perut cenonet ni guna. kihkihkih...Then nurse kerumun ramai-ramai nak cek. Sekali sorang jerit. Ehhh i nampak bontot dia dah!!! see baby tak sabar nak keluar. Terus aku ditolak masuk be bilik bersalin. Tunggu doktor and tukar baju semua. Dalam hati risaunya nak bersalin. Lagi-lagi tadi tak sempat pun nak mintak maaf dengan mak dengan suami. fuhhhh....Then doktor sampai and setting segala semua. Aku rasa ada dalam 15 minit camtu aku meneran, keluar la si budak Rayyan pukul 01.48 a.m. hahahaa Aku tak sempat pegang doktor terus amik bagi bantuan oksigen sebab Rayyan lahir masa 26 minggu. so kecik. 900gram je.. aku dapat tengok dari katil tapi tak jelas sebab dak bukak cermin mata. huaaaa....... tapi masa tu terus rasa sakit tu hilang..

02.00 a.m - Kakak call husband bagitau aku dah bersalin. Terkejut dia terus bangun datang hospital. hihi sian dia tak dapat teman kat dalam tu. Tak apa, tunggu nombor dua. hahahahhahaa

Oklah tu je nak cerita. Pengalaman bersalin tak cukup bulan. Baru 6 bulan setengah. Mungkin sebab masa mengandung banyak makan fast food. So peringatan untuk ibu-ibu mengandung jugak, jaga pemakanan anda! :)

Nah, kat bawah ni ada gambar Rayyan masa lahir and lepas 3 bulan. Alhamdulillah, Rayyan membesar dengan sihat dan perkembangan yang sangat sempurna. Dia lah HERO saya!



Sekarang Rayyan dah setahun 2 bulan. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh!
xoxo! - fyzakariman. ibu beranak satu.

Tuesday, November 29, 2016

Mission Completed!

hahahaa.....
cakap je nak selalu update.
ni macam setahun sekali pulak dah.
memang susah nak consistent agaknya.
------------------------------------------------------------------

okay, to start again with Bismillahirrahmanirrahim

kali ni nak cerita benda baik.
dah lama nak buat tapi tak pernah berjaya.
tapi now Alhamdulillah,
i can say good bye to ice addiction.

nampak macam hal kecik.
tapi kalau boleh memudaratkan kesihatan, kenalah ubah.
yelah, dari dulu aku memang terkenal dgn 'hantu ais'
so bila boleh buang jauh-jauh tabiat tu macam excited pulak.

hantu nya dulu tu macam bila minum tak boleh tak ada ais.
bila lepas makan x minum x apa, janji boleh gigit ais
bila peti ais kat rumah penuh dengan ais.

sebenarnya memang target nak stop addiction tu before turn 30. hahahaha
tapi lepas bersalin dan berpantang x boleh minum ais
kat situlah mulanya aku dah terbiasa.
now kat rumah memang tak ada ais kecuali ada orang datang.

sekarang rasa lebih sihat tak ada sakit-sakit tulang bagai dah.
cuma sesekali tu minum la juga. bohong la tak minum langsung.
ok tu saja nak kongsi! happy!

xoxo!

fyza - agen Jamu Susuk Dara hahahahahahah